SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Sudah lama, Wa tak tulis blog, blog Wa dulu hilang password, so Wa stop dulu, puas Wa cari tapi tetap tak jumpa dan rasa nak kongsi pengalaman Wa yang sedikit ni, Wa create lah blog baru, kalau sapa-sapa yang tak suka pandangan Wa, Wa tak kisah. Jumpa lori Majlis Bandaran simpan saja tak sana. Blog Wa yang dulu.

http://www.lepassebak.blogspot.com/

Maksud Firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al Hujuraat:6)


Ahad, 28 Februari 2010

JAWAPAN KERAJAAN KELANTAN TENTANG ROYALTI PETROLEUM

ASAS TUNTUTAN BAYARAN TUNAI BAGI PENGELUARAN PETROLEUM DI LUAR PANTAI KELANTAN


Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( “PDA”), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Dato' Husam Musa - Foto Perisik RakyatDi bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.
Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Jawapan kami terhadap soalan yang sama adalah sebagaimana berikut:-

1. Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?
PDA, kesemua 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak menggunakan istilah “bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan”. Perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah “royalti”. Namun, tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada kerajaan negeri.

2. Mengikut Perjanjian diantara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak 5% bayaran tunai kepada kerajaan negeri?
Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah “di daratan (On-Shore) ” dan ” luar pantai (Off-Shore)” untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.
Oleh kerana itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak tiada menyekat pembayaran bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan samaada 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai kepada 13 negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam PDA, Perjanjian dengan Negeri-negeri dan Geran Penyerah Hak. Sebaliknya perkataan umum yang digunakan ialah ” Off-Shore”.
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 tidak terpakai kepada pemilikan petroleum, baik di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Ordinan ini juga tidak ada kaitan dengan kewajipan undang-undang oleh Petronas untuk membayar bayaran tunai kepada suatu Negeri samada petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sahaja yang terpakai. Dengan demikian, Ordinan tersebut bukan perundangan yang relevan bagi perkara ini.
Lebih spesifik, semua perjanjian antara negeri dan Petronas menyebut rujukan tunggal kepada seksyen 4 Akta PDA ;

Perjanjian
” DAN BAHAWASANYA KERAJAAN dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan seperti tersebut di atas mengenai petroliam ”
Seksyen 4 Akta PDA
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

3. sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

4. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan negeri lain di Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai tersebut daripada Petronas?
Ya, asalkan petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore) Negeri yang berkenaan. Oleh yang demikian, pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa petroleum telah dihasilkan di medan minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kalinya kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai).
Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak , meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu.
Hanya ketika PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun Petronas masih lagi mengeluarkan minyak di luar pantai Terengganu tanpa membayar bayaran seperti sepatutnya dan diamalkan sebelumnya.

5. Apakah kedudukan di Sabah dan Sarawak mengenai isu pembayaran royalti?
Sehingga PDA mulai berkuatkuasa pada bulan Oktober 1974, asas perundangan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah undang-undang yang buat oleh pihak kolonial Inggeris. Setelah wujudnya PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak diperlakukan dalam cara yang seragam sebagaimana 11 negeri yang lain di Semenanjung . Jadi, satu-satunya asas perundangan bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak sejak Oktober 1974, adalah PDA, 2 Perjanjian mereka dan 2 Geran Penyerah hak mereka. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan, Terengganu dan 9 negeri lain di Malaysia . Semua dilayan sama di bawah PDA untuk mengelakkan diskriminasi di antara 13 Negeri dalam Malaysia.

6. Apa yang dimaksudkan dengan bayaran “Wang Ehsan”?
Ini adalah label politik yang dicipta oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2000 ketika mengarahkan Petronas untuk berhenti membuat bayaran tunai kepada PAS Terengganu selepas membentuk Kerajaan Negeri. Istilah “wang Ihsan” tidak mempunyai asas perundangan. Hal ini tidak ditemui di dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak atau mana-mana Akta lain.

7. Mengapa Wang Ihsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?
Kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ini adalah jumlah yang sewenang-wenangnya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan tanpa asas perundangan. Tuntutan kami bagi bayaran tunggakan adalah melebihi RM 2 bilion dan bayaran tahunan tidak kurang dari RM 600 juta.

8. Apa kedudukan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti yang harus dibayar untuk Kelantan berdasarkan pengeluaran petroleum diperolehi daripada di luar perairan negeri serta mempersoalkan pemberian Wang Ihsan?
Kami menyokong pernyataan awam baru-baru ini termasuk kenyataan terkini beliau bertarikh 22 Feb 2010. Pujian harus diberikan kepada Tengku Razaleigh atas penjelasan berasaskan kebenaran tersebut. Selaku Pengerusi Pertama Petronas, dan telah berjaya memujuk 13 buah negeri memeterai 13 Perjanjian atas nama Petronas dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Dia sangat fasih dan berautoriti dalam hal ini. Dia juga memperolehi kepercayaan dan keyakinan daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia’s Ke 2, dan arkitek polisi petroleum negara kita. Mengapa pandangan beliau diketepikan oleh orang-orang yang datang kemudian tanpa menghormati semangat asal akta dan perjanjian.

9. Adakah Ketua Pembangkang mengetahui mengenai kedudukan hak-hak kerajaan negeri dalam masalah ini?

Semua orang yang rasional dan matang faham kehendak sebenar undang-undang, termasuk YB Ketua Pembangkang Malaysia. Kerajaan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan politik sempit sahaja yang berani mengelirukan rakyat terbanyak dengan putar belit seperti ini.

YB Dato Hj Husam Musa
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan
23 Februari 20109 Rabiul Awwal 1431

Isnin, 22 Februari 2010

Umno Ada Berani Ke !!!!!!!!!


Dis 23 2009 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Campur Tangan Luar

“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.
Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia.

Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.
Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.
Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”
- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009

Kita mahu tanya, ada sapa-sapa dalam parti Umno yang berani buat demokrasi dengan campur tangan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi ni, kot Khairy ke, Muhyyiddin Yassin ke, Najib sendiri. Gua cabar lu………..

Antara Royalti Dan Wang Ehsan

Mimpi Siang Hari

Kes royalti petroluem Kelantan, membuatkan Mustapa Mohamed tak lena tidur, terjaga malam hari dan mengigau sepanjang malam. Masakan tidak, inilah peluang terakhir untuk Dato’ Pa buktikan kepada Presiden Parti Umno yang dia mampu kembalikan Kelantan kepada Umno. Setelah Dato’ Nuar Musa gagal dalam pilihanraya 2008 yang lalu.

Sebenarnya Unmo Kelantan, semakin tertekan dengan isu royalti petroluem, kerana kajian, 80 % rakyat Kelantan menolak Wang Ihsan , dan Dato’ Pa tak mampu untuk berdepan dengan rakyat Kelantan dengan isu ini. Apa tah lagi, satu ceramah yang dihadiri 5o ribu rakyat Kelantan di Stadium Kota Bharu, yang disampaikan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Selaku orang yang bertangongjawab dengan perjanjian Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan dulu.

Penerangan Ku Li yang juga Ahli Parlimen Umno Gua Musang jelas, Kelantan berhak mendapat Royalti, bukan wang ihsan seperti digembar-gemburkan oleh Dato’ Par. Nampaknya harapan Dato’ Par nak jadi hero Kelantan gagal sekali lagi.

Royalti Kenapa Tak Nak Bayar

Kenapa Kerajaan Persekutuan enggan beri kepada Kerajaan Kelantan Royalti. Menurut Dato’ Husam Musa Exco Kanan Kerajaan kelantan. ” Selain bayar royalti untuk tahun ni ”, ” Persekutuan juga kena bayar yang tertunggak sebanyak lebih kurang RM 2 biliion, tunggakan 6 tahun ”.

Kita percaya Kerajaan Persekutuan mana ada duit sebanyak tu, sekarang ni, buktinya. tulah yang nak kenakan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST ) kepada rakyat setiap belian barangan. Kita harap Kerajaan Persekutuan bayarlah hutang kat Kelantan tu. Kesian lah,,,,, dah lah kata Kelantan negeri mundur. Rupa-rupan, mereka yang rompaknya.

Dato’ Par dan anak buahnya dok ronda sekeliling kampong dan pelusuh daerah di Negeri Kelantan dok jaja speaker, mengcanaikan yang Kerajaan Persekutuan akan membayar wang ehsan kepada Kelantan sebanyak RM 20 juta....... Apalah banggang sunggguh, dari sepatutnya 2,000 juta nak bayar 20 juta, budak tadika pun reti, mana yang lebih banyak. Itu pun Wang Eshan, akan disalurkan melalui JPP. Bagi ke puak-puak kroni Umno lah tu.

Bukan Demo Sorang Cerdik

Awang Adek Senator dari Umno yang bertanding Dun dan Parlimen pada PRU 12 2008 ( Menteri Besar dan Menteri Kabinet la tu ) menjadi insan yang rebak bila kedua-duanya kalah. ” Kerajaan Kelantan tak mampu uruskan wang royalti sebab itu lah kena bagi kat JPP ( Umno la tu ), ” mu ingat, mu sorang ke ngaji tinggi di Kelantan ini”, ” kalu setakat sijil PHD tak nanti jadi menteri... exco kelantan pun ada ”

Tengok, Terengganu Negeri Umno Darul Runtuh memerintah, walaupun royalti banyak rakyat Terengganu kedua termiskin di Malaysia, yang ketiga Perak semuanya negeri Umno memerintah. Pandailah tu umno perintah negeri. Orang lain buat stadium tahan 50 tahun, Umno terengganu buat stadium tahan 3 tahun.

Akhir kalam, Dato’ Par dah lah buat lawyer buruk dan lawak bodoh. “ Kelate tak layak sebab telaga minyak diluar persisir laut Kelantan “ Nak tanya sikit.....

Kalau bukan laut kelantan ? laut mana hok puak-puak demo sedup minyak tu. Kalu lah kelate bukan duduk dalam Persekutuan.... persisir pantai tu hok sapa? bak po kali ini dah bunyi wang ihsan selepas orang minta duit royalti, dulu duduk senyap jah......bermakna telaga minyak tu dalam milik kelantan.

Ahad, 21 Februari 2010

Bohong Lagi

Dalih Sokmo
Maka bersuaralah Menteri Kewangan Ke 2 Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah ” Sikap tidak bertanggungjawab pembangkang itu akan turut menyekat usaha kerajaan membangunkan ekonomi Malaysia kearah menjadi sebuah negara maju” merujuk kepada 50 Ahli Parlimen Australia meminta Kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di laporkan Utusan Malaysia keluaran 22 Febuari 2010.

Pentadbiran Negera Disangsi

Dua persoalan untuk dijawab oleh Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah disini. Kalaulah betul, pembangkang yang peranan seperti dinyatakan oleh Datuk Husni, kenapa mereka ( Ahli Parlimen Australia ) nak percayakan kepada pembangkang, tidak kepada Wisma Putra? Adakah mereka mendapat maklumat salah dari pejabat kedutaan mereka kat sini. Adakah bodoh sangat Duta-Duta negara asing tentang apa yang berlaku di Malaysia. Sedangkan kita tahu kedutaan atau diplomat asing yang berada di sini. Mereka juga ada perisik mereka sendiri, dimana-mana negara yang mereka didiami.

Yang kedua, apa yang pembangkang sekat pembangungan negara ? Apakah dengan kesangsian rakyat tentang pentadbiran negara, kita katakan pembangkang yang berperanan menyekat pembangunan?

Kehakiman Negara DiSangsi

Dengan kes liwat Anwar, sebenarnya rakyat tunggu dan lihat, apakah lagi sandiwara politik Kerajaan Umno dan BN. Kalau orang pertikaikan kes Anwar pun tak salah, sebab sudah banyak contoh yang berlaku di negara kita yang menjadi tanda tanya, jika melibatkan kepentingan kerajaan Umno sebagai contoh keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes Menteri Besar Perak, kes bunuh Altantuya dan lain-lain lagi terlalu banyak untuk dibicarakan.

Sebagai contoh kes bunuh Altantuya mentodnya sama, dengan Kes bunuh Dato Mazlan Idris tahun 1993 Adun Batu Talam dulu, cuma pelaku sahaja yang berbeza, kenapa yang bersubahat membunuh Razak Baginda dibebaskan tetapi Mona Fendy dulu dihukum gantung sampai mati. Rakyat juga bertanya-tanya apa motif dua orang pengawai polis itu membunuh Altantuya.

Dengan blueprint negara yang tidak tahu halatuju, korupsi yang bermaharajalela, urus tadbir negara penuh dengan skandal dan macam-macam lagi yang berlaku. Kot-kot nak salahkan pembangkang pula ?.

Sebenarnya Duit Dah Tak Ada Daaahhhh

Rakyat umumnya, sudah tahu kerajaan sekarang sudah tidak mampu lagi nak uruskan negara, dek kantung negara yang dah hampir kosong, sedangkan kita masih ada lagi10 bulan lagi, nak uruskan belanja pengurusan kerajaan, melaksanakan projek-projek pembangunan dan banyak lagi seperti mana dibentangkan kepada rakyat dalam buget negara bagi tahun 2010.

Kita ingatkan, kepada menteri Umno ini, dah lah nak tipu rakyat. Sekarang bukan lagi era 50an. Rakyat boleh berfikir secara matang, mereka juga pergi sekolah sama dengan menteri-menteri Umno.

Jumaat, 19 Februari 2010

Kata Kak Mah

Betulah, Kata Rosmah tu, kamu pun satu,
mana ada tu, aku tak percaya tu,
sungguh aku tak percaya,
dah jangan cakap lagi,
aku memang tak percaya.
http://malaysiakini.com/news/124721

Betul laaaa !!!! Rosmah bukan tangan ghaib dibelakang Najib
tapi tangan ghaib Najib..................
hu,hu,hu,hu

Amaran Hadi Awang Pada Michael Danby

” Jangan Masuk Campur ” Amaran tegas, Hadi Awang kepada Michael Danby, Pengerusi JawatanKuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negeri Parlimen Australia yang mewakili 50 ahli parlimen Australia agar tidak masuk campur hal sistem kehakiman negera.

Amboiiiiiii garangnya, tapi tak kena tempat;

Jawatankuasa kecil atau jawatankuasa parlimen ditubuhkan oleh parlimen dan dianggotai ahli parlimen sendiri yang tidak memegang apa-apa portfolio dan jawatan dalam pentadbiran kerajaan atau eksekutif. Selalunya, jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan isu atau portfolio pentadbiran sesebuah kerajaan itu dan berfungsi sebagai satu cabang untuk memantau dasar dan pelaksanaan dasar oleh eksekutif, selaras dengan semangat pengasingan kuasa antara legislatif (parlimen), eksekutif (pentadbiran) dan judisiari (kehakiman). Malahan dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab meneliti sesuatu akta yang dibentangkan oleh eksekutif sebelum ianya diluluskan oleh Parlimen. Maka berdasarkan prinsip ini juga. Tugas mereka termasuk menilai dan menegur dasar-dasar luar negeri yang diamalkan oleh kerajaan.

Pandangan dan Penilaian

Apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen dari Australia merupakan tugas mereka sebagai ahli dan pengerusi kepada jawatankuasa pilihan khas kecil parlimen mereka tentang hal ehwal luar negeri. Seharusnya kita tidak ada kuasa untuk melarang apa-apa pandangan orang kepada kita. Mereka juga mempunyai hak bersuara, apatah lagi mereka bukannya mewakili negara Australia Cuma pandangan dan harapan mereka kepada malaysia.

Buat Kerja kita lebih baik

Kenapa Hadi Awang nak melenting....cukuplah Khairy Jamaluddin dan budak-budak Umno saja. Khairy..... itu saja yang dia mampu, sekarang ini pun? Hanya berdemokrasi, Jawatan dia sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia pun disuruh letak, Ini lah peluang dia nak cari nama........ come back pemuda kat dia. Ke Hadi Awang pun gitu juga, cari lah kerja yang lebih comprehensif dan perancangan memperkuatkan Pakatan Rakyat. Selaras dengan jawatan Presiden Pas.

Kepincangan Sistem Perundangan Negara

Lagi pun mungkin mereka tu, melihat kepincangan sistem perundangan negara yang bertambah teruk. Lihat saja sudah banyak perkara-perkara yang melibat perundangan negara yang pertikaian rakyat.
Tak Payah cerita terlalu banyak Hadi Awang tak perasan ke ?....kes bunuh altantual, kematian Beng Hook dan boleh juga masuk dalam carta kes royalti potroluem kelantan bla,bala,bla.........

Kadang-kadang diam tu emas, kalu bercakap nampak kebodohan sendiri.
buat apa.

Hadi Awang + Umno

Bagai api dalam sekam, itulah pepatah yang layak digunakan dengan gelagat Hadi Awang dalam isu muzakarah antara Pas dan Umno. Tak tahu sampai bila kah, isu ini tamat untuk dimainkan kejap stop, kejap timbul, macam biskut daaah.

Seolah-olah Hadi Awang menunggu masa Nik Aziz melatah, Hadi akan menyambut isu perbincangan Umno dan Pas. Walaupun disedari hanya Nik Aziz saja, yang mengetahui apa yang tersirat disebalik kata-katanya.

Hadi Awang dan Nik Aziz

Kenapa sekarang terlihat perbezaan yang nyata, pandangan antara dua-dua pemimpin tertinggi Pas ini? Kenapa Hadi Awang nak sangat, Pas bergabung dengan Umno dan kenapa pula Nik Aziz menolak.

Senang saja nak rumuskannya. Pada Pilihanraya ke 12 yang lepas, 5 negeri berjaya diperintah oleh Pakatan Rakyat, dengan kerjasama Pas, PKR dan DAP. Dalam gelombang kebangkitan rakyat, menolak Umno dan BN, Terengganu yang pernah diperintah oleh Pas selepas pilihanraya 1999 kemuddian tewas 2004, pada pilihanraya 2008 ketika rakyat menyokong barisan alternatif tapi Terengganu masih lagi dibawah naungan Umno.

Disinilah krebiliti Hadi Awang selaku Presiden Pas tercabar, dan terpaksa mencari jalan keluar, yang terbaik dan tak payah pening-pening kepala, wujubkan gabungan mersa dengan Umno. Mudah-mudah pada pilihanraya akan datang tak timbul dah, kalah ditangan Umno sekali lagi.

Apatah lagi, Hadi Awang melantik Mustapha Ali sebagai setiausaha baru Pas selaku aktitek baru parti Pas, juga orang Terengganu. Mustapha Ali yang sudah dapat menggagak yang Pas masih lagi tak mampu untuk kembalikan Terengganu ke tangan Pas. Sebagai politikus yang lecek, Mustapha memperdayakan Hadi Awang untuk bersama-sama dengan Umno membentuk kerajaan campuran di Terengganu.

Pada Nik Aziz pula, Pengalaman bersama-sama dengan Umno, pada tahun 1973 dulu amat memeritkan, setelah bersama dan ditendang keluar, apatah lagi berlaku mageran Mac 1977 dan Pas kalah dalam pilihanraya tahun 1978. Pas terpaksa menunggu 12 tahun untuk bangkit semula, dan terpaksa merangkak 30 tahun mencari kedudukan dalam politik negara, untuk diberi peluang menterjemahkan pejuangan Pas, tiba-tiba begitu senang saja Hadi Awang cuba merobek kepercayaan rakyat Malaysia kepada Pas, dan menghulurkan tangan kesepakatan dengan Umno, tanpa melihat perit-jerit rakyat dibawah, yang sudah banyak berkorban demi satu perubahan kepada negara yang didiami oleh 26 juta ini.

Hadi Awang balik kampong dah.....

Hadi Awang sepatutnya balik ke Terengganu, menilai semula kerja-kerja diperingkat cawangan, peti undi, kawasan dan Perhubungan Negeri perkemaskan balik kerja pilihanraya, buangkan sifat sombong dikalangan sebahagian besar peminpim Pas Terengganu dan fokus kepada menawan balik Terengganu dari tangan Umno.

Perlu diingat, walaupun Umno Terengganu nampak berbalah sesama sendiri tapi, ia bukan advantage kepada Pas Terengganu, kerana mereka berbalah disebabkan jawatan dan projek, mereka juga, boleh berbaik disebabkan perkara yang sama. Dengan royati petroluem yang ratusan jutaan ringgit setahun mereka boleh bersatu dengannya.

Blog Kurang Ajar

Inilah didikan Umno: melahirkan belia yang kurang ajar tidak bermoral

Kamu ingat kamu seorang ke boleh buat
Orang lain pun boleh juga la
tetapi mereka tidaklah segila kamu

Kalau kamu ingat aku marah.......... sori, sori, sori
blog kamu ini, backfire pada Umno
ha,ha,ha,ha,ha,

politik darjah 6

nak tengok lagi kerja budak Umno
Balik photostat bagi emak-bapa hangpa tengok
Perangai hodoh sama dengan ketua mereka
http://politikputramerdeka.blogspot.com/2010/02/sah-anwar-pm.html

Zambry Sudah Boleh Tidur Lena ????????

Keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya 9 febuari 2010. memutuskan Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Perak. Walaupun keputusan itu tidak mengejutkan tetapi terdapat juga kekesalan kepada pencinta keadilan.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu sudah dijangkakan, seperti juga keputusan berhubung dengan kuasa Speaker Dun Perak. Semuanya menyalahi perlembagaan, baik peruntukan maupun semangatnya. Ada peruntukan yang diberi makna yang ganjil meskipun mahkamah sendiri telah membuat keputusan yang selaras dengannya sebelum itu.

Persoalannya selamatkah kerajaan Perak yang diterajui Zambry sekarang atau umpama telor dihujung tanduk? Dengan kelebihan hanya 3 majoriti, Adun bebas terbentuknya kerajaan mahkamah negeri perak itu.

Kalau dapat bertahan hingga akhir penggal ini pun, Zamby akan berada dalam keadaan keluh kesah, terutama semasa persidangan Buget Negeri, kot-kot ada Adun yang masuk hospital ke atau menghilangkan diri ke. he,he,he,

Zambry umpama menantang minyak yang penuh. Mungkin juga ugut-mengugut Adun BN ataupun Bebas kepadanya, jika kehendak mereka tidak diperolehi. Selain mendapat tekanan dari pihak pembangkang.

Itu belum dikira lagi, menahan kemarahan rakyat umumnya, yang melihat keadaan itu dari kaca mata yang sebenar. Bagi merungkaikan permasalaah ini nak-tak nak Zambry mesti memohon untuk membubarkan DUN bagi diserahkan balik mandat kepada rakyat Perak.

Apa-apapun tahniah diucapkan kepada Zambry yang menang dan dilantik sebagai Menteri Besar Mahkamah Persekutuan Perak Darul Kartun.

Melayu Pulau Pinang Lebih Islam dari Melayu Negeri lain ??

Umno Pulau Pinang lebih Islam dari orang melayu negeri-negeri lain, ternyata dengan semangat Islamnya terlahir dengan kesungguhan mereka marahkan Kerajaan Pulau Pinang yang kononnya membatalkan perarakan Maulidul Rusul diperingkat negeri.

Negeri Kelantan yang terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah tak pernah mengadakan perarakan maulidur Rusul selepas Pas memenangi tahun1990, tapi diadakan majlis-majlis ceramah ilmu dan negeri-negeri diperintah oleh parti Unmo yang lain, juga tahun ini tidak diadakan perarakkan maulidur Rusul.


Perayaan maulid nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gabnur Irbil di Iraq, pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Ada pula yang berpendapat bahwa idenya sendiri justru berasal dari Sultan Salahuddin sendiri. Terdapat beberapa kaum
ulama yang berfahaman Salaf dan Wahabi yang tidak merayakannya kerana menganggap perayaan Maulid Nabi merupakan sebuah Bidaah, kerana bukan merupakan ajaran Nabi Muhammad SAW, Ulama Arab Saudi mengharamkan terus Perarakan Maulidur Rusul di sana. Namun demikian terdapat pula ulama yang berpendapat bahwa peringatan Maulid Nabi bukanlah hal bidaah, kerana merupakan pengungkapan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.


http://malaysiakini.com/news/124594

Sekali lagi Umno Pulau Pinang terjerat leher dengan provokasi kaum, yang direka sendiri untuk menanam rasa benci orang melayu kepada Lim Guan Eng. Pun begitu tuduhan pembatalan Pearakan maulidur Rusul itu disangkar Oleh Lim Guan Eng sendiri.

Apa-apapun jika Umno ingin berjuang untuk membela nasib orang melayu Pulau Pinang kenapa baru sekarang ? dimana Umno selama ini, dalam memperjuangkan hak dan nasib melayu Pulau Pinang, sehingga kurang dari 5 % melayu berada di Pulau, setelah rakyat diberi kuasa kepada Umno memerintahan negara selama 53 tahun.

Kalau boleh dikatakan Umno berjuang melayu pun, melayu yang mana, Umno perjuangkan? Kalau cuma dua tiga kerat jah dari pemimpin Umno. Apakah dengan dua tiga kerat ini, Umno boleh digelar perjuang bangsa melayu.?


Khamis, 18 Februari 2010

Kapal Selam Pertama Negara

Dalih Menteri

Maka, jawablah Menteri Pertahanan Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi

Kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam cuma kerosakan kecil yang tidak menjejaskan operasinya dan boleh diperbaiki oleh pengeluar. Belumpun sempat digunakan kapal selam pertama Malaysia dah rosak dan tersadai. Walaupun rosaknya kecil saja tetapi ia dipanggil rosak juga. Tentulah kerosokan kecil itu menyebabkan kapal itu tidak sempurna dan tidak boleh dipakai.

Kapal itu baru saja dibeli dan tiba di negara ini September tahun lepas. Bukan main lagi ianya ditepong tawar pada hari ketibaannya.
Ehsan Website
http://www.navy.mil.my/content/view/453/18/lang,en/

Pelabuhan Klang, 3 Sep – Malaysia hari ini menempa sejarah baru buat julung kalinya dengan ketibaan kapal selam pertama negara iaitu Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah. Sambutan yang bersejarah tersebut diserikan dengan keberangkatan SPB YDP Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Perdana Menteri Malaysia; YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan; YB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM dan Panglima Tentera Laut; Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar dan Panglima Perkhidmatan yang lain.
KD TAR telah memulakan pelayarannya dari Toulon, Perancis pada 11 Julai 2009. Kapal selam tersebut telah mengambil masa selama 54 hari dan telah melalui pelabuhan Jeddah, Djibouti dan Cochin sebelum tiba di Pelabuhan Klang. Diketuai oleh Pegawai Memerintah, Komander Zulhelmy bin Ithnain TLDM, KD TAR dikendalikan sepenuhnya oleh 32 orang pegawai dan anggota TLDM.Di dalam majlis tersebut, SPB YDP Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berkenan melancarkan setem kenangan dan sampul surat hari pertama sempena kapal selam pertama negara. Setem kenangan dan sampul surat hari pertama tersebut dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama TLDM bagi mengiktiraf aset pertahanan dasar laut pertama Malaysia. Inisiatif TLDM dan Pos Malaysia tersebut dapat memberi pengetahuan am kepada pengumpul setem mengenai KD TAR. Siri setem kenangan KD TAR dijual dengan harga 30 sen dan 50 sen, manakala set lengkap setem kenangan dan sampul surat hari pertama dijual pada harga RM33.10 di semua pejabat pos utama setiap negeri. Kehadiran KD TAR di dalam inventori TLDM sebagai tunggak pertahanan maritim negara adalah bukti komitmen dan usaha Malaysia dalam memastikan kedaulatan perairannya sentiasa terpelihara. Dengan perolehan kapal selam sebagai force-multiplier, ianya sudah pasti akan meningkatkan keupayaan peperangan TLDM dengan signifikan sekali.

Tuduhan Pembelian Membabit Rasuah

Zahid Hamidi perlu jelaskan juga tentang komisyennya seperti mana digembar gemburkan dulu, benar atau tidak angka itu, dan siapa yang menerimanya. Sebagai menteri pertahanan kita percaya Zaid tentu ada maklumat terperinchi mengenainya.

Kalau beli kapal selam, tapi tak boleh menyelam, lebih baiklah beli perahu saja dah tentu tak menyelam punya. harga pun murah aayyyoooyyyooo.

Tapi kalaulah gua disuruh naik, itu kapal selepas dibaiki.... tak naklah Gua. He,he,he takut lepas ni, boleh menyelam tapi tak boleh timbul pula.

Gua cadangkan tu Najib yang test.... sebab dia dulu yang beli, ketika jadi Menteri Pertahanan, samada boleh atau tak menyelam
kalau boleh baguslah tapi kalau tak boleh timbul. Lagi bagus aman Malaysia.....he,he,he,

ONE MALAYSIA

Stratigi Atau Kebetulan

Anwar Mohon Maaf Silap Pilih calon
Akhir-akhir ni, sibuk ahli PKR keluar parti, dari Jawatankuasa Cabang, Bahagian, Pusat, Adun, MP dan siapa lagi selepas ni……..
Yang menjadi persoalan kenapa perkara ini menjadi-jadi, sedangkan pilihanraya umum kurang lebih dua tahun jah lagi. Seolah-olah tidak ada penyelesaian diperingkat pimpinan tertinggi PKR ? Atau ia sengaja dibiarkan oleh Anwar Ibrahim untuk selected atau pemutihan keahlian parti PKR itu sendiri.

Perlu diakui semasa PRU ke 12 dahulu, PKR terpaksa meletakkan calon sekadar memenuhi koata kerusi sahaja. Mereka tidak ramai calon yang berwibawa dan sudah tentu, tidak ada proses pentarbiahan khusus seseorang itu sebagai pemimpin parti. Main sambar saja seperti beli sayur kat pasar, sebab itu lah kita lihat Adun dan Ahli Parlimen PKR banyak masalah.

Alasan Kukuh Untuk Tidak Minta Lebih

Satu contoh yang menjadi sejarah hitam kepada Pakatan Rakyat dan politik negara. Dengan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga Adun Dari PKR telah disiasat oleh SPRM kerana rasuah sex dan duit.

Istihar keluar parti adalah jalan terbaik agar mendapat shufaat dari Umno dan Kerjaan Malaysia agar kes berkenaan ditarik balik. Dengan tindakan tidak bermaruah ini. dan memang sudah dijangkapun sampai hari ini kes ini masih lagi digantung.

Ye lah betul juga, kalau didapati bersalah kerusi tu kosong kena diadakan pilihanraya semula, belum tentu menang. Kalau tidak bersalah payah juga Zamby, kot-kot masuk PKR balik atau setidak-tidaknya. " Dulu aku Exco sekarang macam-mana takkan Adun aje " mungkin itu yang akan diminta kepada Zambry.

Susah juga Zambry tu, Jawatan Exco tak banyak bagi kat hangpa, apa kata depa pula. yang lain dah lama berjuang dalam Umno pun tak dapat jadi Exco. Tu pun kena tambah lagi jawatan bertaraf Exco yang tak berporfolio, ia lah kot-kot lari woooooooi, takkan dalam sepenggal bertukar lima enam kali kerajaan, gambar yang dulu baru diganti takkan nak print yang baru lagi.

Sebab Kerenah Budak PKR

Tumbangnya kerajaan Perak undi rakyat diganti dengan Kerajaan yang mendapat restu dalam pagar. Itulah timbang balas dek ahli PKR yang tidak bermaruah ini. Selepas ini, macam mana orang PKR demand kerusi lebih-lebih pada Anwar dalam pilihanraya akan datang. Anwar tak perlu sakit kepala tajuk pembahagian koata PKR, Pas atau DAP.

Didalam kesetiaan kepada parti Pas, Wakil rakyat Pas lebih jika dibandingkan dengan DAP apa tah lagi PKR. Di kelantan, Kerajaan Pas kelantan pernah kelebihan 1 majoriti undi dengan Umno selepas Pilihanraya Umum 2004. Walaupun ada usaha untuk membeli wakil rakyat Pas dengan tawaran jutaan ringgit, tapi keadah tarbiah yang berlaku dalamPas mereka tetap bersabar.

Umumnya tahu, Kerajaan Altantua BN akan jatuh pada pilihanraya akan datang. Dengan masalah demi masalah yang dilakukan oleh budak-budak PKR tu. Anwar ada jawab kukuh untuk tidak mahu melayannya. Anwar akan berada dalam keadaan lebih selesa dari tekanan budak-budak PKR nanti.

Tidak mustahil Anwar akan memperbanyakkan kerusi Parlimen untuk PKR dan kerusi Dun kawasan melayu kepada Pas, kawasan majoriti cina dan india kepada DAP. Dun akan dikuasai oleh Pas dan DAP sebagai Menteri Besar dan Exco. Parlimen dari kalangan PKR dan Perdana Menteri Anwar sendiri, Menteri Kabinet dikalangan pimpinan tertinggi Pas dan DAP sebahagian besar Menteri kabinet dan Timbalan dikalangan PKR.
Fokus Kepada Pilihan Raya Akan datang
Bagi merealisasikan perkara ini, Anwar perlu abaikan cita-cita untuk menjadi PM dan fokus kepada PRU akan datang. Kembalikan keyakinan rakyat kepada saf pimpinan PKR dan beri sedikit perhatian kepada yang ada kualiti saja serta tidak banyak membawa masalah kepadanya bagi pemilihan calon-calon Pakatan Rakyat dikalangan anggota PKR akan datang. Yang kepala bersumbat, sila tinggalkan PKR dan pergilah bersama BN, yang perahunya akan karam bila-bila sama sahaja. Mana-mana MP atau Adun yang berasa nak pindah silakan jangan tunggu lama-lama.

Lompat Parti

Lompat Parti Berdosa




Maka berbunyi katak-katak lompat parti dengan kenyataan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa tindakan lompat parti adalah berdosa kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat. Antaranya terpias pedasnya Jamaluddin Mohd. Radzi ADUN Behrang. Dalam Sinar Harian 18 Febuari 2010 ” Kalau tidak tahu cerita sebenar, jangan bercakap, jumpa dulu ahli politik berkenaan kenapa beliau bertindak sedemikian” dan tegasnya lagi ” jika benar, Asri bercakap atas kepentingan Melayu dan agama Isalam, saya minta jumpa saya, saya boleh jelaskan apa yang berlaku sebenarnya”
Tak Perlu Layan



Perlukah Dr Mohd Asri berjumpa dengan Adun berkenaan ? yang jelas tak dapat bezakan habuan sex dengan sedekah ( dalam berita TV 3 dulu ). Orang undi dia dulu, sebab dia ke atau parti yang dia wakili. Usah cakap banyak kosongkan kerusi bertanding semula pilih saja lambing dacing ke atau lambang bebas.

Katak Sejati


Seorang lagi yang terlatah, Dato” Paduka Kaya Parti Ibrahim Ali “ Mana ada dalam nas al-quran menyatakan lompat parti berdosa, bukan tukar agama. Lain kali bila buat kenyataan kena berhemah” dipetik dalam akhbar sama.

Aku agak tergelak juga Berahim Ali ni. Kalau hujah tu, aku nak tanya dalam nas al-quran adakah disebut secara jelas dengan nama-nama yang hisap syabu itu haram atau tikam toto tu haram.

Dah lah Berahim, kalau nak masuk Umno masuklah tak ada seorang pun marah. Tapi kamu tu, dulu bertanding guna lambang Pas. Nangis-nangis nak lambang Pas, kalau mu tanding guna lambang bebas lama dah, makan pasir.

Tapi nak isi borang Umno, Umno Pasir Mas Nok ko….heeeeee

Rosma bagi ke Najib ambil mu…………………………..

Mu tok sok mimpi lah nak balik Ketua Umno Bahagian Pasir Mas semula…..

Sedutan Dari Sinar Harian

Sedutan dari Sinar Harian 18 Febuari 2010. Pemimpin politik yang bertindak ‘lompat parti’ perlu meminta maaf dengan setiap pengundi di kawasan terbabit kerana mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihan raya. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya pemimpin yang dipilih itu gagal menyempurnakan amanah yang diberikan kepadanya bermakna dia sudah melakukan satu dosa. “Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya. “Rakyat harap pada kita buat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti. Erti kita tolak kehendak pengundi. Kalau (jumlah) pengundi 10,000, di akhirat bertanggungjawab kepada 10,000 (undi itu),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa tindakan lompat parti adalah berdosa kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat. Dr Asri dilaporkan berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat. Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang ‘melompat’ dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam. “Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,” katanya. Beliau turut menyifatkan masalah lompat parti yang berlaku dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai masalah dalaman parti itu dan berlaku di luar dugaan. “Kita pilih apa sekali pun, pilih orang, jadi suami, isteri, kawan, mana kita nak teka dalam perutnya waktu kita pilih. Kita dia sebab kita rasa dia ni betul. Tetapi dalam perutnya kita tidak tahu macam mana. Wallahualam,” katanya.

PERAK DARUL KARTUN

Zambry Menang Di Mahkamah

9 Febuari 2010. tercatat satu sejarah baru politik negara, apabila Mahkamah Rayuan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasanya untuk melantik Zamby bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Walaupun, apa yang difahami selama ini, gugurnya seseorang Menteri Besar dari jawatan yang disandarkannya dengan 3 cara sahaja.
1. Apabila beliau meletak jawatan
2. Undi tak percaya didalam Dewan Undangan Negeri
3. Bubar DUN

Taklah teman tahu rupa-rupa ada lagi yang keempat. Teman nak imbas balik krisis Raja dan Menteri Besar sebab perkara ini pernah juga berlaku.
Maklumlah, lagikan lidah bolehkan tergigit, dulu jika Raja yang sangat berbulu mata akan Memanda Menteri Besarnya, baginda akan memanggil ketua parti Menteri Besar itu dan nyatakan hasrat beliau akan ketidak puasan dan meminta parti membuat keputusan. Perkara ini juga pernah berlaku dengan kerajaan zaman dulu-dulu ( malas teman nak bercerita panjang pula, semuanya tersedia maklum ).

Maka berkokoklah rakan kongsi demo yang menang.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata semua pihak mestilah menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan."Keluhuran undang-undang mestilah ditegakkan. Dalam tempoh setahun lepas, kita telah melihat bagaimana perkara ini dimainkan. Apabila keputusan memihak kepada mereka, tiada bantahan satu perkataan pun, tetapi bila ia tidak memihak mereka, ketika itu mereka cuba mencetuskan kacau bilau,"

Kita nak nasihatkan Ong Tee Keat selesai dulu masalah MCA. Bila nak letak jawatan oii, undi tak percaya dalam mesyuarat khas dulu macam mana. Piiiiir laaaa.

Presiden MIC dan bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau gembira dengan keputusan itu kerana ia membawa perkembangan positif untuk Perak. Samy Vellu, bekas anggota parlimen Sungai Siput di Perak, berkata Zambry telah menunjukkan kualiti kepimpinan yang kuat sejak menjadi Menteri Besar."Saya yakin beliau (Zambry) akan dapat memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau berlaku adil kepada semua kaum dan membawa pembangunan," katanya.

Ini seorang lagi, tak cukup lagi suku anakberanak kaut kekayaan semasa jadi menteri dulu.

Apakah keputusan yang dibacakan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menggambarkan Malaysia yang akan menuju zaman monarki mutlak semula. Sudah tidak perlu lagi melantik Menteri Besar dari Kerajaan yang mempunyai Majoriti di Dewan Undangan Negeri , Cuma panggil mengadap dan membuat keputusan melantik sesiapa saja. Kenapa tak digunakan undi tak percaya di DUN, kalau puak demo mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Bagaimana pula dengan keputusan 11 Mei 2009: - Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri, yang seperti mana rakyat faham selama ini dan diajar kepada budak-budak yang ambil Law.


Bubar DUN Saja !!!!!!

Apa yang menyedihkan lagi teman sebuah kerajaan negeri itu ditegakkan oleh dua orang yang tidak bermoral keluar parti disebabkan disiasat oleh SPRM, tentang rasuah wang dan rasuah sex.
Kalaulah Kerajaan Haram Perak tu sebuah kerajaan bermaruah, Zambry sepatut mengambil pendirian seperti Nizar bubarkan DUN dan kembali kepada rakyat membuat keputusan, kalaulah anak jantan la.....

Hairan-hairan sungguh teman......... ONE MALAYSIA. He,he,he,