Umno Pulau Pinang lebih Islam dari orang melayu negeri-negeri lain, ternyata dengan semangat Islamnya terlahir dengan kesungguhan mereka marahkan Kerajaan Pulau Pinang yang kononnya membatalkan perarakan Maulidul Rusul diperingkat negeri.
Negeri Kelantan yang terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah tak pernah mengadakan perarakan maulidur Rusul selepas Pas memenangi tahun1990, tapi diadakan majlis-majlis ceramah ilmu dan negeri-negeri diperintah oleh parti Unmo yang lain, juga tahun ini tidak diadakan perarakkan maulidur Rusul.
Perayaan maulid nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gabnur Irbil di Iraq, pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Ada pula yang berpendapat bahwa idenya sendiri justru berasal dari Sultan Salahuddin sendiri. Terdapat beberapa kaum ulama yang berfahaman Salaf dan Wahabi yang tidak merayakannya kerana menganggap perayaan Maulid Nabi merupakan sebuah Bidaah, kerana bukan merupakan ajaran Nabi Muhammad SAW, Ulama Arab Saudi mengharamkan terus Perarakan Maulidur Rusul di sana. Namun demikian terdapat pula ulama yang berpendapat bahwa peringatan Maulid Nabi bukanlah hal bidaah, kerana merupakan pengungkapan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
http://malaysiakini.com/news/124594
Sekali lagi Umno Pulau Pinang terjerat leher dengan provokasi kaum, yang direka sendiri untuk menanam rasa benci orang melayu kepada Lim Guan Eng. Pun begitu tuduhan pembatalan Pearakan maulidur Rusul itu disangkar Oleh Lim Guan Eng sendiri.
Apa-apapun jika Umno ingin berjuang untuk membela nasib orang melayu Pulau Pinang kenapa baru sekarang ? dimana Umno selama ini, dalam memperjuangkan hak dan nasib melayu Pulau Pinang, sehingga kurang dari 5 % melayu berada di Pulau, setelah rakyat diberi kuasa kepada Umno memerintahan negara selama 53 tahun.
Kalau boleh dikatakan Umno berjuang melayu pun, melayu yang mana, Umno perjuangkan? Kalau cuma dua tiga kerat jah dari pemimpin Umno. Apakah dengan dua tiga kerat ini, Umno boleh digelar perjuang bangsa melayu.?
Jumaat, 19 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan