Maka bersuaralah Menteri Kewangan Ke 2 Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah ” Sikap tidak bertanggungjawab pembangkang itu akan turut menyekat usaha kerajaan membangunkan ekonomi Malaysia kearah menjadi sebuah negara maju” merujuk kepada 50 Ahli Parlimen Australia meminta Kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di laporkan Utusan Malaysia keluaran 22 Febuari 2010.Pentadbiran Negera Disangsi
Dua persoalan untuk dijawab oleh Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah disini. Kalaulah betul, pembangkang yang peranan seperti dinyatakan oleh Datuk Husni, kenapa mereka ( Ahli Parlimen Australia ) nak percayakan kepada pembangkang, tidak kepada Wisma Putra? Adakah mereka mendapat maklumat salah dari pejabat kedutaan mereka kat sini. Adakah bodoh sangat Duta-Duta negara asing tentang apa yang berlaku di Malaysia. Sedangkan kita tahu kedutaan atau diplomat asing yang berada di sini. Mereka juga ada perisik mereka sendiri, dimana-mana negara yang mereka didiami.
Yang kedua, apa yang pembangkang sekat pembangungan negara ? Apakah dengan kesangsian rakyat tentang pentadbiran negara, kita katakan pembangkang yang berperanan menyekat pembangunan?
Kehakiman Negara DiSangsi
Dengan kes liwat Anwar, sebenarnya rakyat tunggu dan lihat, apakah lagi sandiwara politik Kerajaan Umno dan BN. Kalau orang pertikaikan kes Anwar pun tak salah, sebab sudah banyak contoh yang berlaku di negara kita yang menjadi tanda tanya, jika melibatkan kepentingan kerajaan Umno sebagai contoh keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes Menteri Besar Perak, kes bunuh Altantuya dan lain-lain lagi terlalu banyak untuk dibicarakan.
Sebagai contoh kes bunuh Altantuya mentodnya sama, dengan Kes bunuh Dato Mazlan Idris tahun 1993 Adun Batu Talam dulu, cuma pelaku sahaja yang berbeza, kenapa yang bersubahat membunuh Razak Baginda dibebaskan tetapi Mona Fendy dulu dihukum gantung sampai mati. Rakyat juga bertanya-tanya apa motif dua orang pengawai polis itu membunuh Altantuya.
Dengan blueprint negara yang tidak tahu halatuju, korupsi yang bermaharajalela, urus tadbir negara penuh dengan skandal dan macam-macam lagi yang berlaku. Kot-kot nak salahkan pembangkang pula ?.
Sebenarnya Duit Dah Tak Ada Daaahhhh
Rakyat umumnya, sudah tahu kerajaan sekarang sudah tidak mampu lagi nak uruskan negara, dek kantung negara yang dah hampir kosong, sedangkan kita masih ada lagi10 bulan lagi, nak uruskan belanja pengurusan kerajaan, melaksanakan projek-projek pembangunan dan banyak lagi seperti mana dibentangkan kepada rakyat dalam buget negara bagi tahun 2010.
Kita ingatkan, kepada menteri Umno ini, dah lah nak tipu rakyat. Sekarang bukan lagi era 50an. Rakyat boleh berfikir secara matang, mereka juga pergi sekolah sama dengan menteri-menteri Umno.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan