Akhir-akhir ni, sibuk ahli PKR keluar parti, dari Jawatankuasa Cabang, Bahagian, Pusat, Adun, MP dan siapa lagi
selepas ni……..Yang menjadi persoalan kenapa perkara ini menjadi-jadi, sedangkan pilihanraya umum kurang lebih dua tahun jah lagi. Seolah-olah tidak ada penyelesaian diperingkat pimpinan tertinggi PKR ? Atau ia sengaja dibiarkan oleh Anwar Ibrahim untuk selected atau pemutihan keahlian parti PKR itu sendiri.

Perlu diakui semasa PRU ke 12 dahulu, PKR terpaksa meletakkan calon sekadar memenuhi koata kerusi sahaja. Mereka tidak ramai calon yang berwibawa dan sudah tentu, tidak ada proses pentarbiahan khusus seseorang itu sebagai pemimpin parti. Main sambar saja seperti beli sayur kat pasar, sebab itu lah kita lihat Adun dan Ahli Parlimen PKR banyak masalah.
Alasan Kukuh Untuk Tidak Minta Lebih
Satu contoh yang menjadi sejarah hitam kepada Pakatan Rakyat dan politik negara. Dengan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga Adun Dari PKR telah disiasat oleh SPRM kerana rasuah sex dan duit.

Istihar keluar parti adalah jalan terbaik agar mendapat shufaat dari Umno dan Kerjaan Malaysia agar kes berkenaan ditarik balik. Dengan ti
ndakan tidak bermaruah ini. dan memang sudah dijangkapun sampai hari ini kes ini masih lagi digantung.Ye lah betul juga, kalau didapati bersalah kerusi tu kosong kena diadakan pilihanraya semula, belum tentu menang. Kalau tidak bersalah payah juga Zamby, kot-kot masuk PKR balik atau setidak-tidaknya. " Dulu aku Exco sekarang macam-mana takkan Adun aje " mungkin itu yang akan diminta kepada Zambry.
Susah juga Zambry tu, Jawatan Exco tak banyak bagi kat hangpa, apa kata depa pula. yang lain dah lama berjuang dalam Umno pun tak dapat jadi Exco. Tu pun kena tambah lagi jawatan bertaraf Exco yang tak berporfolio, ia lah kot-kot lari woooooooi, takkan dalam sepenggal bertukar lima enam kali kerajaan, gambar yang dulu baru diganti takkan nak print yang baru lagi.
Sebab Kerenah Budak PKR
Tumbangnya kerajaan Perak undi rakyat diganti dengan Kerajaan yang mendapat restu dalam pagar. Itulah timbang balas dek ahli PKR yang tidak bermaruah ini. Selepas ini, macam mana orang PKR demand kerusi lebih-lebih pada Anwar dalam pilihanraya akan datang. Anwar tak perlu sakit kepala tajuk pembahagian koata PKR, Pas atau DAP.
Didalam kesetiaan kepada parti Pas, Wakil rakyat Pas lebih jika dibandingkan dengan DAP apa tah lagi PKR. Di kelan
tan, Kerajaan Pas kelantan pernah kelebihan 1 majoriti undi dengan Umno selepas Pilihanraya Umum 2004. Walaupun ada usaha untuk membeli wakil rakyat Pas dengan tawaran jutaan ringgit, tapi keadah tarbiah yang berlaku dalamPas mereka tetap bersabar.Umumnya tahu, Kerajaan Altantua BN akan jatuh pada pilihanraya akan datang. Dengan masalah demi masalah yang dilakukan oleh budak-budak PKR tu. Anwar ada jawab kukuh untuk tidak mahu melayannya. Anwar akan berada dalam keadaan lebih selesa dari tekanan budak-budak PKR nanti.
Tidak mustahil Anwar akan memperbanyakkan kerusi Parlimen untuk PKR dan kerusi Dun kawasan melayu kepada Pas, kawasan majoriti cina dan india kepada DAP. Dun akan dikuasai oleh Pas dan DAP sebagai Menteri Besar dan Exco. Parlimen dari kalangan PKR dan Perdana Menteri Anwar sendiri, Menteri Kabinet dikalangan pimpinan tertinggi Pas dan DAP sebahagian besar Menteri kabinet dan Timbalan dikalangan PKR.
Fokus Kepada Pilihan Raya Akan datang
Bagi merealisasikan perkara ini, Anwar perlu abaikan cita-cita untuk menjadi PM dan fokus kepada PRU akan datang. Kembalikan keyakinan rakyat kepada saf pimpinan PKR dan beri sedikit perhatian kepada yang ada kualiti saja serta tidak banyak membawa masalah kepadanya bagi pemilihan calon-calon Pakatan Rakyat dikalangan anggota PKR akan datang. Yang kepala bersumbat, sila tinggalkan PKR dan pergilah bersama BN, yang perahunya akan karam bila-bila sama sahaja. Mana-mana MP atau Adun yang berasa nak pindah silakan jangan tunggu lama-lama.
Bagi merealisasikan perkara ini, Anwar perlu abaikan cita-cita untuk menjadi PM dan fokus kepada PRU akan datang. Kembalikan keyakinan rakyat kepada saf pimpinan PKR dan beri sedikit perhatian kepada yang ada kualiti saja serta tidak banyak membawa masalah kepadanya bagi pemilihan calon-calon Pakatan Rakyat dikalangan anggota PKR akan datang. Yang kepala bersumbat, sila tinggalkan PKR dan pergilah bersama BN, yang perahunya akan karam bila-bila sama sahaja. Mana-mana MP atau Adun yang berasa nak pindah silakan jangan tunggu lama-lama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan