Maka berbunyi katak-katak lompat parti dengan kenyataan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
bahawa tindakan lompat parti adalah berdosa kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat. Antaranya terpias pedasnya Jamaluddin Mohd. Radzi ADUN Behrang. Dalam Sinar Harian 18 Febuari 2010 ” Kalau tidak tahu cerita sebenar, jangan bercakap, jumpa dulu ahli politik berkenaan kenapa beliau bertindak sedemikian” dan tegasnya lagi ” jika benar, Asri bercakap atas kepentingan Melayu dan agama Isalam, saya minta jumpa saya, saya boleh jelaskan apa yang berlaku sebenarnya”Tak Perlu Layan

Perlukah Dr Mohd Asri berjumpa dengan Adun berkenaan ? yang jelas tak dapat bezakan habuan sex dengan sedekah ( dalam berita TV 3 dulu ). Orang undi dia dulu, sebab dia ke atau parti yang dia wakili. Usah cakap banyak kosongkan kerusi bertanding semula pilih saja lambing dacing ke atau lambang bebas.
Katak Sejati
Seorang lagi yang terlatah, Dato” Paduka Kaya Parti Ibrahim Ali “ Mana ada dalam nas al-quran menyatakan lompat parti berdosa, bukan tukar agama. Lain kali bila buat kenyataan kena berhemah” dipetik dalam akhbar sama.
Aku agak tergelak juga Berahim Ali ni. Kalau hujah tu, aku nak tanya dalam nas al-quran adakah disebut secara jelas dengan nama-nama yang hisap syabu itu haram atau tikam toto tu haram.
Dah lah Berahim, kalau nak masuk Umno masuklah tak ada seorang pun marah. Tapi kamu tu, dulu bertanding guna lambang Pas. Nangis-nangis nak lambang Pas, kalau mu tanding guna lambang bebas lama dah, makan pasir.
Tapi nak isi borang Umno, Umno Pasir Mas Nok ko….heeeeee
Rosma bagi ke Najib ambil mu…………………………..
Mu tok sok mimpi lah nak balik Ketua Umno Bahagian Pasir Mas semula…..
Sedutan Dari Sinar Harian
Sedutan dari Sinar Harian 18 Febuari 2010. Pemimpin politik yang bertindak ‘lompat parti’ perlu meminta maaf dengan setiap pengundi di kawasan terbabit kerana mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihan raya. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya pemimpin yang dipilih itu gagal menyempurnakan amanah yang diberikan kepadanya bermakna dia sudah melakukan satu dosa. “Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya. “Rakyat harap pada kita buat
dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti. Erti kita tolak kehendak pengundi. Kalau (jumlah) pengundi 10,000, di akhirat bertanggungjawab kepada 10,000 (undi itu),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa tindakan lompat parti adalah berdosa kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat. Dr Asri dilaporkan berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat. Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang ‘melompat’ dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam. “Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,” katanya. Beliau turut menyifatkan masalah lompat parti yang berlaku dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai masalah dalaman parti itu dan berlaku di luar dugaan. “Kita pilih apa sekali pun, pilih orang, jadi suami, isteri, kawan, mana kita nak teka dalam perutnya waktu kita pilih. Kita dia sebab kita rasa dia ni betul. Tetapi dalam perutnya kita tidak tahu macam mana. Wallahualam,” katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan