Saya terjumpa catatan lama dari blog Awang Bongsu, oleh kerana menarik untuk dikongsikan, so saya siarkan untuk sama-sama kita perhatikan:
DALIL-DALIL HARAM UNDI UMNO/BN
1. UMNO/BN Menghina Hukum AllahTerlalu banyak kenyataan pemimpin UMNO yang telah dengan terang-terangan menolak hukum Islam atau syariat Islam dan negara Islam. Bukan sahaja mereka enggan, bahkan telah turut menghina hukum Allah swt. itu sebagai primitif, kolot, dan akan merugikan umat Islam.
Secara tidak langsung mereka seolah-olah mendakwa bahawa merekalah yang lebih bijak dalam memutuskan hukum-hakam yang sudah pun ditetapkan oleh Allah swt di dalam al-Quran. Sikap ini bukan sahaja berdosa, malah boleh mencacatkan aqidah mereka dan membawa mereka keluar dari agama Islam.Di bawah ini diperturunkan sebahagian dari kata-kata pemimpin UMNO yang mungkin sudah diketahui ramai.Kenyataan mereka:
'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahathir: 3/3/94) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Mahathir: 14/7/92)
'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. (Mahathir: 2/5/92)
'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Mahathir: 1994)
'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam'. (Mahathir:14/8/94)
'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'. (Mahathir:3 Mac, Nilam Puri).
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Najib: 20/4/93)
'Apa erti negara Islam jika mundur'. (Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99)
Percanggahan dengan Al-Quran"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)
"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)
"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)
"Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya (iaitu kitab-kitab sebelumnya), maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu". (al-Maidah:48)
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa mereka" (al-Maidah:49)
"Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)
"Menetapkan hukuman itu hanyalah haq Allah swt." (al-An'am:57)
"Celupan Allah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah?" (al-Baqarah:138)
"Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasakan dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (al-Nisa':65)
"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min dan perempuan yang mu'min apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata" (al-Ahzab:36)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu menyokong golongan sesat yang telah menghina hukum Allah ini?.2. UMNO/BN Tidak Melaksanakan Hukum ALlah Ekoran dari penolakan dan penghinaan pemimpin UMNO terhadap pelaksanaan hukum Allah, maka telah menjadikan mereka ini di kalangan manusia yang hanya beriman kepada sebahagian daripada al-Quran dan menolak sebahagian yang lain.
Sedangkan apa sahaja yang diturunkan oleh Allah swt dan dari Sunnah Rasul s.a.w semuanya adalah WAJIB bagi setiap umat Islam melaksanakannya tanpa memilih mengikut selera masing-masing."Apakah kamu beriman kepada sebahagian daripada Kitab dan engkar kepada sebahagian yang lain?
Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia dan pada hari Qiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perlakukan"
(Mafhum al-Quran, al-Baqrah:85)
Umat Islam di Malaysia ini semuanya berdosa jika mereka redha dengan tidak terlaksananya hukum ALlah ini ekoran dari sikap mereka yang mengundi wakil rakyat dari parti yang menolak hukum Islam.
Tiada alasan yang boleh diberikan untuk tidak melaksanakan ayat-ayat Allah ini sepertimana tiada alasan yang boleh diberika untuk meninggalkan sembahyang!. Samada dalih kerana peredaran zaman, atau masyarakat majmuk atau sebagainya, semuanya karut belaka dan hukum Islam masih tetap menjadi kemestian untuk dilaksanakan kerana al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w sesuai sehingga hari Qiamat.
Di bawah ini diperturunkan sebahagian dari hukum-hukum Islam (hudud) yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN.
a. Zina
(a) Bagi yang bukan muhsan (belum pernah melakukan persetubuhan yang sah) "Penzina-penzina perempuan dan penzia lelaki hendaklah kamu sebat 100 kali"
(Mafhum al-Quran, al-Nur:2)
(b) Bagi yang muhsan (pernah merasai persetubuhan yang sah)
"Ya Anis, pergilah kepada perempuan ini, maka jika dia mengaku (berzina) rejamlah dia"
(Hadis Sahih Muslim:Vol III, hal.1324-25)
b. Qazf (menuduh zina)
"Dan mereka yang membuat tuduhan zina kepada perempuan-perempuan suci daripada zina kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka sebanyak 80 kali rotan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya dan mereka inilah orang-orang fasiq"
(Mafhum al-Quran, al-Nur:4)
c. Mencuri
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai balasan dengan apa yang dilakukan sebagai siksaan dari Allah"
(Mafhum al-Quran, al-Maidah:38)
d. Harabah (merompak)
"Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan RasulNya dan melakukan keroskan di muka bumi hendaklah mereka dibunuh, atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang seli atau dinafikan mereka di muka bumi"
(Mafhum al-Quran, al-Maidah:33-34)
e. Meminum Arak (khamr)
Diriwayatkan dari Anas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi seorang lelaki yang meminum arak, kemudian beliau telah menyebat dengan dua pelepah tamar lebih kurang empat puluh sebatan.
(Fath al-Qadir, Ibn al-Human, jilid 4, hal.185,
Sahih Muslim, jilid 2, hal.57)
f. Murtad
"Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia"
(Sunan Abu Dawud, jilid 2, hal.440)
g. Qisos (bunuh balas)
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisos (bunuh balas) berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka; hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat kemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar diyat kepada pemberi maaf dengan cara yang baik pula"
(Mafhum al-Quran: al-Baqarah: 178)
[Kerajaan UMNO/BN telah meletakkan hak memberi pengampunan kepada orang yang didapati bersalah membunuh kepada Lembaga Pengampunan yang diketuai oleh Agong, sedangkan dalam Islam hak itu adalah mutlak terletak kepada keluarga mangsa yang dibunuh seperti ayat di atas. Justeru itu, Kerajaan UMNO/BN melalui Lembaga Pengampunan, telah membebaskan Mokhtar Hashim walaupun disabitkan bersalah membunuh Allahyarham Dato Taha tanpa beliau perlu mendapatkan kemaafan dari keluarga Dato' Taha dan membayar diyat seperti yang dikehendaki oleh Islam.]
Kesimpulannya, melaksanakan hukum Islam dan menegakkan negara Islam bukan merupakan idea atau kehendak para pemimpin PAS atau para ulama' PAS atau mana-mana ulama di atas muka bumi ini, tetapi ianya merupakan suatu perintah ALlah yang wajib dilaksanakan tanpa ada pilihan lain, oleh setiap manusia yang mengaku Islam seperti mana wajibnya seseorang Islam itu mendirikan sembahyang, berpuasa, berzakat, mengerjakan haji dan mengikuti perintah-perintah Allah yang lain.
Apakah masih ada umat Islam yang mahu menyokong golongan yang beriman kepada hanya sebahagian daripada al-Quran dan engkar sebahagian yang lain?.
DALIL-DALIL HARAM UNDI UMNO / BN 3. UMNO/BN MENOLAK HADITH Selain dari secara terang-terangan menolak perintah Allah swt. yang terkandung dalam al-Qur'an, Mahathir selaku pemimpin tertinggi UMNO juga telah menerapkan fahaman menolak hadith seperti mana yang dibawa oleh sahabat baiknya, Dr.Kassim Ahmad.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun mengharamkan buku 'Hadith Satu Penilaian Semula', dan ada yang telah mengisytiharkan Kassim Ahmad murtad, namun tiada sebarang tindakan diambil. Bahkan disebabkan pemikiran beliau dan Kassim Ahmad sealiran, Kassim dan rakan-rakannya seperti Othman Ali (penulis buku 'Bacaan'), dan Syed Akhbar Ali sering diberi tempat samada dalam media cetak mahu pun elektronik untuk terus menerus menyesatkan rakyat dan menimbulkan keraguan terhadap hadith dan isu-isu berkaitan dengan Islam, walaupun itu bukan bidang mereka.
Mahathir kata: 'Setelah mengkaji dengan teliti 600,000 hadis, Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadis dan hanya menerima 4,000 hadis. Ada hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak disahkan oleh Muslim, murid kepada Bukhari. Tetapi yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya menjelaskan bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih dan mungkin ada hadis yang diterima sebagai sahih, tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita tidak lupa bahawa Bukhari, Muslim, Tirmizi dan tokoh-tokoh Islam lain yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa dan segala kelemahan manusia, dan mereka bukan Nabi, tentulah kita tidak harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli Sunnah hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau tidaknya hadith-hadith yang dikaji oleh pengkaji hadis ini.' (Dr.Mahathir Mohamad, 24 Nov.1995, PWTC, ucapan bertajuk 'Jangan Lupa Daratan')
Rumusan Mahathir meragui hadith-hadith yang dikumpulkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dan mendakwa kononnya kemungkinan ada hadith sahih yang sebenarnya tidak sahih, dan ada hadith yang ditolak mungkin hadith yang sahih. Fahaman ini sebenarnya adalah fahaman yang dibawa oleh para orientalis Barat seperti Joseph Scacht dan rakan-rakannya bagi maksud menimbulkan keraguan di kalangan penganut agama Islam. Bahayanya pemikiran ini ialah merungkai dan memecah belahkan asas dan dasar-dasar Islam itu sendiri yang berpaksikan al-Quran dan Hadith. Akibatnya timbul golongan yang hanya mahu percaya kepada al-Quran semata-mata dan menolak Hadith seperti Kassim Ahmad dan juga pengikutnya dari Sisters in Islam.
Mahathir percaya bahawa kerana berpegang kepada hadithlah menyebabkan umat Islam hari ini berpecah belah.
Nabi kata:
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, dan jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku"
(Maksud Hadith)
Para ulama' muktabar sejak zaman berzaman telah sepakat ( ijma') memutuskan iaitu WAJIB bagi umat Islam berpegang kepada al-Quran dan Hadith. Hadith yang dimaksudkan ialah hadith sahih. Ada enam kumpulan hadith yang digelar 'Sihah Sittah', iaitu:
1. Bukhari; 2. Muslim; 3. Tirmizi; 4. Ibn Majah; 5. Abu Dawud; 6. An-Nasai.
Sayugia diingatkan bahawa mereka yang menolak atau meragui hadith telah rosak Iman dan Islam mereka dan selama mereka tidak bertaubat, mereka ini berada dalam kemurkaan Allah dan di akhirat kelak akan dicampakkan ke dalam neraka.Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang menolak hadith junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan hidup kita dunia dan akhirat?.
4. UMNO/BN HINA SUNNAH NABI BERJANGGUTMahathir kata:"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Kenapakah ada antara kita yang lebih suka kepada simbol-simbol Islam seperti pakaian dan janggut dan tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih berat bagi orang Islam seperti persaudaraan dan pertahanan?"(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang telah menghina kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad saw?
5. UMNO / BN HINA PERINTAH MENUTUP AURATMahathir kata:
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Tetapi apa guna tudung kepala tapi rogol anak - tolong suami rogol anak. Tengok masuk dalam mahkamah (ber)ketayap, (ber) kopiah putih, isteri pakai tudung kepala. Tapi buat kerja apa?"(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
"Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan bukan pencegahan jenayah nafsu seks yang merupakan tujuan utama ajaran Islam.(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
"Menutup aurat di kepala mempunyai tujuan yang sama dengan menutup aurat, iaitu untuk mengelak daripada berlakunya jenayah seks. Tiada siapa yang melarang amalan ini, tetapi ramai yang ingin memaksa lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan orang tua juga mesti menutup mereka.
Dan jangan kita lupa orang yang menutup kepala juga melakukan jenayah seks tidak kurang daripada yang tidak menutup kepala. Sebabnya ialah kerana kita mengutamakan menutup kepala dan bukan pencegahan jenayah. Asalkan kita menutup kepala, sempurnalah amalan kita".(Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
ALlah kata (firman):
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka....
(Mafhum al-Qur'an: An-Nuur:31)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu berketuakan orang yang telah menghina, mempersenda, dan memperlekehkan hukum dan perintah Allah?
6.UMNO/BN HINA DAN PECAT ULAMA'Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNO, khususnya Mahathir terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini.
Mahathir kata:"Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).
Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
"Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
"Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
"Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).
"Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak.
"Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
Allah kata (berfirman):
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"
(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):
"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"
"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.
Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-
Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)
dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM bagi umat Islam berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir dan UMNO/BN, dan menumbangkan kerajaan yang zalim ini merupakan suatu yang WAJIB.
Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?
7. UMNO/BN BELA RATU CANTIKApabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:
"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai)
"Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad" (Mahathir Mohamad, 1997, mengulas kenyataan Dato' Ishak Baharom yang menyatakan mereka yang tidak setuju dengan fatwa larangan pembabitan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh menjadi murtad)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol menjadi penyumbang saham dalam menderhakai Allah, menjadi penganjur dan bersubahat dengan aktiviti-aktiviti mungkar dan maksiat tajaan atau kelulusan kerajaan UMNO /BN?
AWANG BONGSU