Rabu, 3 Mac 2010
Umno Memusnahkan Agama, Bangsa Dan Negara
Ketika gua semak kerja gua kat opis, gua terjumpa satu kertas kerja lama kira-kira 5 tahun yang lalu, gua bentangkan di muhkayyam semasa gua jadi Ketua Pemuda Pas kawasan gua dulu, gua terbitkan semula untuk kita berkongsi pandangan.
PENDAHULUAN
Tanah Melayu yang menerima kedatangan Islam pada sekitar kurun ke 13-14 semasa pemerintahan Kesultanah Melayu Melaka dan juga berkaitan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu. Islam di Tanah Melayu dipertahankan walaupun ia pernah dijajah oleh bangsa asing seperti Pertugis, Belanda, British dan Jepun, Islam tetap dipelihara kerana kekuatan pejuang-pejuang ugama yang terdahulu antara nama yang tersohor Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terangganu, Mat Kilau di Pahang dan sebagainya.
Jepun telah menjajah Malaya pada tahun 1943 dengan kekakalan British kemudian Jepun tewas pula kepada British pada peperangan dunia ke dua. Malaya dijajah lagi oleh British dengan pembentukkan Malayan Union yang mengalami penentangan hebat dari orang-orang melayu.
Penentangan awal kepada penjajah dilakukan oleh anak melayu yang berada di Timur Tengah ketika itu berlaku reformasi puak Islam di Timur Tengah bermula dengan gerakan Warabi yang dipimpin oleh Syed Sheikh Muhammad Aduh di Mesir dan Turki. Perjuangan bermula dengan penerbitan akhbar yang kebanyakan diterbitkan oleh Syed Sheikh Ahmad Al Hadi di Puala Pinang.
Dalam pertengahan dekad ke 1930an Maktad Perguruan Sultan Idris berjaya melahirkan perjuang kebangsaan seperti Hj. Ibrahim b. Yaacob dan satu perubahan besar orang melayu ketika itu, mereka bangun menetang Malayan Union dan Malaya memperolehi kemerdekaan pada 1957.
Apabila satu persatu Negara Islam merdeka di tangan kuasa besar ketika itu, iaitu British dan Perancis. Pihak penjajah memberi kemerdakaan kepada negara tersebut setelah mereka mempastikan kumpulan yang membentuk kerajaan adalah terdiri dari pentadbir atau ketua tentera yang dibina mengikut acuan mereka.
Sekali lagi dunia mengalami kejutan apabila satu revolusi Iran dalam tahun 1978 dimana Kerajaan Shah Iran berjaya digulingkan setelah melakukan kezaliman terhadap rakyat terutamanya para ulamak. Berlaku satu tunjuk perasaan rakyat besar-besaran pada hari jumaat dan disokong oleh tentera setelah lebih kurang 4000 pemuda-pemuda Islam gugur ditembak oleh polis semasa demotrasi dan hari itu dipanggil black Friday.
SEJARAH PENUBUHAN PAS
PAS ditubuh pada 23 Ogos 1951 di Bagan Tuan Kecil ( Bandar Butterworth ) dalam satu himpunan ulamak seramai 250 orang, manakala 14 Jun 1955 didaftar secara rasmi. PAS diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan adalah ahli Umno. Apabila melihat Unmo kian hancur moral dengan kegiatan maksiat ketika itu antaranya mengadakan loteri, fun fair dan Para Ulamak merasakan perlu ada satu gerakan yang berlandaskan kepada Islam apabila Unmo menerima Perlembagaan Suruhanjaya Reid sebagai undang-undang di Malaya
PAS menyertai pilihanraya pada 27 Jun 1955 dan menenangi kerusi di Krian, Perak melalui calonnya Tuan Guru Hj. Ahmad b. Hussin. Pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada tahun 1959, PAS menenangi kerusi DUN Perak iaitu Gunung Semanggol dan berjaya membentuk Kerajaan di Kelantan dan Terengganu tetapi Kerajaan PAS Terengganu tidak bertahan lama ia kecundangan oleh konspirasi jahat Unmo.
Di kelantan pula PAS mula ditubuhkan di Pasir Mas ( 1953 ) diikuti di Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Ulu Kelantan dan Bachok. Perusuhjaya pertama PAS kelantan ialah Hj. Asri b. Muda pada tahun 1955.
Didalam meneruskan perjuangan melaksanakan nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya diredhai ALLah, PAS mengalami masa gemilang dan masa menurung. PAS mengalami perubahan kepimpinan yang pada awalnya Ustaz Haji Ahmad Fuad b. Hassan kemuddian Dr. Haji Abbas bin Alias dan Prof. Dr. Burhanuddin Helmy kemuddian Datuk Mohd. Asri bin Muda dan PAS mengalami satu pergolakkan politik besar yang satu keputusan Jawatankuasa Displin PAS mengambil keputusan mengantung keahlian Datuk Asri sebagai ahli PAS dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk keluar dari PAS.
Pada 1 Mei 1983 titik bersejarah, Muktamar Tahunan PAS kali ke 29 yang diadakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur mengesahkan Tuan Guru Haji Yusuf Rawa sebagai Yang Dipertua PAS dan bermulanya Era Kepimpinan Ulamak
Perjuangan menegakkan agama Allah dimuka bumi ini bukan melalui jalan lurus bertabur bunga, ramai perjuang PAS dan aktivis parti yang berpaksa merengkok didalam penjara dan ISA hatta yang dibunuh. Tekanan demi tekanan dilakukan terhadap PAS sehingga berlakunya satu peristiwa 19 November 1985, satu pembunuhan beramai-ramai orang awam oleh Kerajaan barisan Nasional yang dikenali sebagai Tragedi Memali, seramai 14 orang ahli dan penyokong PAS yang diketuai oleh Ustaz Ibrahim Libya telah syahid.
KELANTAN BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK
1. Berkat kesabaran dan istiqamah pimpinan PAS dan keikhlasan perjuangan ahli PAS dianugerahkan kemenangan di Kelantan pada 21 Oktober 2001 iaitu Pilihanraya Umum Ke 8 bersama pakatan APU. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan. Sinaran bulan di Terengganu dan kebangkitan PAS mulai dirasakan di Kedah. Dalam meredahi perjuangan dalam gabungan PAS bersama pakatan APU Semangat 46, Hamin dan Berjasa mencorat senario politik Kelantan.
2. Pengabungan atas ukhuwah Islamiah tanpa dasar Islam yang mantap, akhirnya menampakan kepincangan pentadbiran Kerajaan Kelantan dan berlaku pilihanraya 1995 Kerajaan PAS dapat dipertahankan tetapi protes rakyat terhadap pakatan yang diumpamakan tidur sebantal mimpi yang berlainan.
3. Retak menunggu belah akhirnya Semangat 46 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh yang mempunyai perjuangan lebih bersifat peribadi keluar dari pakatan APU. PAS terus melayari perjuangan bersama Hamin dan Berjasa, akhirnya ramai kalangan pimpinan parti itu berjuang melalui PAS.
4. Pada 1 September 1997 senaroi politik Malaysia berubah lagi, satu kejutan apabila Dato’ Seri Anuar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno diatas beberapa konspirasi jahat Dr. mahatdir.
5. Rakyat telah bangun membantah dan menuntut keadilan diatas pakatan jahat itu. Maka tertubuhlah Parti Keadilan Nasional dan satu pakatan pembangkang dibentuk dengan nama Barisan Alternatif yang terdiri daripada PAS, KEADILAN, DAP dan PRM dengan satu tujuan utama menuntut keadilan segajat.
6. Keangguhan Unmo tersentak pada Pilihanraya Umum Ke 10 Kelantan dapat dipertahankan dan PAS membentuk kerajaan di Terengganu. Satu suntikan semangat perjuang bagaikan terasa apabila PAS berjaya memperolehi 27 kerusi parlimen dan 97 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya tersebut.
7. Dalam 50 tahun perjuangan PAS melalui saluran demokrasi ala Unmo ini, PAS sanggup bersabar walaupun demokrasi yang dicanangkan ini lebih mirip kepada pemerintahan kuku besi komunis
8. Barisan Alternatif yang dianggotai oleh parti yang berdaftar seolah dinafikan sebagai satu pertubuhan secara sah. Kerajaan Barisan Nasional mengadakan sekatan suara melalui kawalan media elekronik, media cetak dan larang berceramah pada pihak pembangkang, dalam masa yang sama Unmo menjadi RTM media rasmi kerajaan dan akhbar sebagai alat propaganda Umno.
9. Kerajaan Barisan Nasional telah mengadakan diskriminasi terhadap Kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan melewatkan geran perkapita dan royati minyak telah dimansuhkan bagi Kerajaan Negeri Terengganu.
10. Disaat Barisan Alternatif memperolehi lebih 60 % undi majoriti melayu dan kecenderungan bangsa asing mengalih ke Barisan Alternatif. Dunia dikejutkan dengan peristiwa September 11 .2001 pengeboman Bangunan WTC New York. Pihak anti Islam seluruh dunia telah memainkan peranan mencetus kebencian kepada umat Islam termasuk juga di Malaysia. PAS dilebel sebuah parti eksrim Islam.
11. Perpecahan berlaku didalam pakatan Barisan Alternatif, apabila DAP merasakan berada bersama-sama dengan PAS tidak mendatangkan keuntungan politik DAP. DAP menggunakan alasan PAS ingin menegakkan Negara Islam sebagai perbezaan utama perjuangan parti.
12. Unmo mengalami perubahan kepimpinan, Dr. Mahatdir telah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi. Unmo melalui jentera-jentera kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan badan bebas SPR telah melakukan penipuan terbesar didalam sejarah pilihanraya di Malaysia.
13. Pada tanggal 21.3.2004 berlaku Piliharaya Umum Ke 11. Banyak kerusi PAS di Kelantan telah hilang dan Terengganu telah tewas dan kembali kepada Unmo.
DASAR DAN PERJUANGAN PAS
Sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada ALLah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi ALAMRU BIL MA’RUFWAN NAHYU’ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. PAS bersama dasar perjuangan parti menggariskan.
FASAL 3. Dasar PAS ialah ISLAM
FASAL 4. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR
FASAL 5. Tujuan PAS ialah
(1) Memperjuangkan wujubnya didalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLah.
(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
FASAL 7. Hukum, Kekuasaan dan ‘ MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’
Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RUSUL serta IJAMAK ‘ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata.
PAS MENDEPANI CABARAN
Hampir 50 tahun kita merdeka dari tangan British, didalam masa yang panjang itu sepatut Rakyat Malaysia Amnya dan orang Islam khususnya memperolehi keharmonian kehidupan bernegara yang hakiki dan sebagai parti yang menjadi tonggak pemerintahan kepada kerajaan, Umno seharusnya meningkatkan keupayaan orang melayu dari semua sudut samada jatidiri, ekonomi, kefahaman kepada cara hidup sebagai orang Islam. Jauh lebih penting daripada itu Unmo sepatutnya membimbing anak bangsa agar mereka tidak tersesat dalam arus perdana pembangunan globalisasi dunia tetapi sebaliknya setelah 48 tahun kita merdeka rata-rata anak melayulah yang terjebak didalam permasalah semasa samada gejala sosial, dadah, HIV dan banyak lagi. Dimanakah tanggongjawab Unmo kepada pembangunan orang melayu apatah lagi dengan dasar liberal terhadap Islam khususnya menjauhkan mereka dari cara-cara hidup yang murni. Dan Umno bertanggong jawab terhadap 3 permasalah besar orang-orang melayu.
Kemusnahan Kesinambungan Islam Di Malaysia
Penerapan nilai-nilai Islam yang dikemukakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahatdir pada awal 80an ada satu kaedah bagi melambatkan gerakan reformasi Islam. Satu fahaman Islam yang sengaja dicanangkan oleh musuh Islam apabila melihat kebangkitan umat Islam serta penentangan kepada fahaman sekular apabila berlaku satu reformasi besar di Iran pada tahun 1978.
Maka pihak anti Islam mengemukakan satu slogan yang mirip kepada penerima islam sebagai panduan gerakerja atau dasar kepada kerajaan yang umat Islam yang majoriti, Dan ianya telah dimulakan di Mesir.
Bagi mengulangi sejarah tersebut Dato’ Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Islam Hahdari telah mengambil langkah yang sama dan ternyata rakyat yang inginkan kepada Islam sebagai memerintah mudah terpedaya dengan slogan-slogan murahan itu terbukti setiap kali slogan baru Islam dikemukakan Umno mengalami kemenangan besar didalam pilihanraya umum.
Penerapan nilai-nilai Islam sebenarnya menyuburkan lagi kegiatan yang bertentangan dengan Islam. Lihat saja selepas 20 tahun penerapan nilai islam, apakah negara Malaysia amnya dan orang-orang Islam khususnya bertambah baik akhlaknya? Macam mana generasi anak kita 20 tahun lagi, setelah Islam hadhari dikemukakan. Seseorang pemimpin Islam tidak hanya menyuruh membuat baik tetapi mesti mencegah kemungkaran dan kepincangan didalam masyarakat. Umno telah gagal meletak Islam pada tempat yang terbaik sebaliknya menjadi kehinaan Islam pada kacamata masyarakat terutama bangsa asing.
Pembohongan terhadap penerapan nilai-nilai Islam mula dilihat oleh umat Islam apabila pemecatan Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom berkenaan penahanan 3 gadis melayu yang meyertai pertandingan Mis Malaysia Petite 1997 oleh JAIS di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya. Dr Mahatdir ketika itu menjadi juara membela peserta ratu cantik dan memperlekehkan Dato’ Mufti dan JAIS.
Operasi Badar Selangor pada 10 Jun 2000 di sebuah Pub The Ship di Damansara Utama yang membabitkan 30 Penguatkuasa JAIS berjaya menahan 53 orang ekoran lebih dari 12 dakwaan orang ramai mengenai operasi pub tersebut, pun mengalami nasib yang sama. Setelah Datuk Seri Abu Hassan Omar Menteri Besar Selangor ketika itu menekan JAIS supaya mengugurkan pertuduhan terhadap mereka.
Penghinaan terhadap JAWI oleh menteri kabinet termasuk Dato Sharizat jalil, Dr Rais Yatim berkaitan operasi awal pagi bersama polis, rela dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur keatas sebuah pusat hiburan The Zouk di jalan Ampang, 13 Januari 2005 lalu. Lebih 100 orang termasuk anak orang kenamaan ditahan kerana disyaki melanggar beberapa peruntukan undang-undang pentadbiran agama Islam termasuk kesalahan meminum arak, berpakaian tidak senonoh serta menggalakan maksiat.
Penghinaan terhadap hukum Islam satu kenyataan Dr. Mahathdir di himpunan rakyat di Nilam Puri pada 3 Mac 1994 “ Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
Satu kenyataan dari Dato Seri Najib dalam Utusan Malaysia 20 April 1993 “ Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan ”
Dr Mahatdir Menghina sunnah Nabi Muhammad SAW “ siapa tahu janggut nabi macam mana ”, “ siapa biasa tengok janggut nabi ” di Majlis Penutup Majlis Agama Kebangsaan
Kerajaan tidak mengambil satu tindakan yang sepatutnya apabila kenyataan yang menfitnah dan menghina nabi oleh Orentalis Dr Farish A Noor “ fakta bahawa nabi mempunyai beberapa isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan sex dengan 15 orang wanita. Satu kenyataan lain mengutuk ulamak “mungkin serban ulamak terlalu ketat dan sebab itu tak cukup oksigen masuk dalam otak mereka, mereka tidak berfikiran waras”
Semasa pemerintahan Dr. Mahatdir, kerajaan telah merancang membuang nama Islam kepada parti politik, NGO dan lain-lain pertubuhan dan mendapat tentangan yang hebat dari PAS, NGO, golongan akedemik dan akhirnya Majlis Raja-Raja membuat keputusan yang tidak berpihak kepada Umno.
Menggalakan konsert-konsert hiburan yang terlampau dan lucah. Tidak memadai dengan itu siaran-siaran TV yang banyak memapar lakonan yang mengairahkan.
Tidak sampai dua tahun perlaksanaan Islam Hadhari, Dato’ Seri Abdullah Badawi menerima satu tamparan yang hebat, dimana beberapa kumpulan NGO yang anti Islam telah menghantar memorandum ke Parlimen Malaysia untuk penubuhan IFC/IRC iaitu satu SURUHANJAYA ANTARA KEPERCAYAAN di Malaysia yang secara terang mencabar kesucian Islam yang cuba menidakkan hukum-hukum Islam. IFC sebenarnya menjuruskan kearah memudahkan orang Islam murtad. NGO yang bencikan kepada Islam ini dengan berani tidak mengendahkan bantahan umat Islam dan badan-badan yang sah mewakili Islam. Dato’ Seri Abdullah Badawi hanya membuat keputusan menangguh dulu pemohonan itu.
Sisiter In Islam yang pendokong kuatnya anak Pak Lah Nori Abdullah dan anak bekas Perdana Menteri Marina Mahatdir, Mereka yang terang-terang mencabar hukum Islam apabila kumpulan ini telah menghantar memo kepada kerajaan supaya memerintah pihak Jabatan Agama tidak mengambil tindakan terhadap golongan yang membuat maksiat kerana alasan peribadi.
Penghinaan Zaid Ibrahim Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dengan menggunakan mahkamah bagi menghalang perlaksanaan undang-undang Islam kepada orang Islam di Kelantan dan Terengganu.
Sejak kurun ke 14 lagi, Sekolah Agama Rakyat menjadi medan penyebaran Islam di Tanah Melayu, ia terus subur dengan mendapat sokongan rakyat dan bantuan pihak berwajib dari pelbagai sumber. Sebenarnya bantuan Sekolah Agama Rakyat terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan tanggungan kerajaan kepada banduan di penjara-penjara @ di pusat-pusat serenti untuk Sekolah Menengah Tinggi RM 120 setahun seorang manakala Sekolah Agama Menengah RM 80 dan Sekolah Agama Rendah RM 60. Umno memberi pelbagi alasan yang tidak munasabah untuk memberhentikan bantuan ini. Tujuan sebenarnya untuk mematikan tunas-tunas Islam yang ada didalam masyarakat. Unmo mahu masyarakat Islam berada didalam kejahilan agama dan kemiskinan supaya senanglah bagi mereka memperbodohkan.
Umno sebenarnya tidak bersungguh menjaga kepentingan Islam di Malaysia yang menyebabkan sudah ramai golongan anti Islam berani menghentam Islam secara terbuka, ia disebabkan oleh sikap pimpinan Unmo sendiri mengecam institusi Agama misalnya Jabatan Agama Negeri, menghina ulamak dan tidak mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang secara terang-terang menghina ugama, terdapat juga menteri yang bercakap tentang Islam sedangkan mereka tidak mempunyai kepakaran didalam bidang tersebut.
2. Kemusnahan Peradapan Dan Kekuatan Ekonomi Orang Melayu
Hampir 50 tahun orang melayu telah meamanahkan Malaysia kepada Umno sebagai tulang belakang pemerintahan Kerajaan Malaysia sudah banyak slogan-slogan telah dipasang sebagai halwa telinga orang melayu dan acap kali didalam perhimpunan besar mereka, sering mendengankan lagu perjuangan melayu, pokoknya apakah melayu benar-benar di bela atau sekadar menang sorak kampong tergadai. Kemana perginya slogan keramat ketika Dr. mahatdir dinobatkan sebagai Perdana Menteri “ Bersih, Cekap, Amanah ”.
Hari ini masih panas lagi isu AP mereka geger di dada-dada akhbar. Mereka bising bukan apa sangat, kerana mereka tak dapat. Kalau mereka memperolehinya mereka akan berdiam diri sambil mengosok perut. Sudah lama Umno membincangkan politik wang dan kroni tetapi tidak ada kesudahannya. Semakin hebat diperkatakan semakin kuat politik wang berluasa dalam Unmo.
Umno memusnahkan kekuatan kuasa politik orang melayu. Setiap kali berlakunya persempadanan semula kawasan pilihanraya. Kerusi parlimen dan DUN di kawasan majoriti melayu tidak ada penambahan atau jika ada pun kawasan bukan melayu kerana Umno tidak yakin undi melayu menyebelahi mereka, maka mereka terpaksa bertanding di kawasan bukan melayu. Apa yang menyedihkan kerusi parlimen tidak ditambah kawasan majoriti melayu kerana Unmo mempastikan BN mendapat majoriti besar tanpa melihat kuasa politik orang melayu semakin mengecil.
Biasiswa untuk anak-anak melayu yang mendapat keputusan baik didalam peperiksaan telah dihapuskan dan diganti dengan pinjaman PTPTN ( Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional ) dan PTPTN telah mengumumkan hanya beberapa kursus sahaja yang akan menawarkan pinjaman kepada pelajar-pelajar. Apa yang menyedihkan lebih 120,000 pelajar melayu tidak dapat memasuki IPTS kerana MARA dan PTPTN tidak sediakan peruntukan pinjaman.
Umno telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 perlembagaan. Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab melayu dengan alasan pembangunan.
Pertama; kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan dimana-mana mahkamah.
Kedua; tanah rakyat boleh dijual kepda warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital sebagai contoh Kerajaan Negeri Kedah merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek undang harimau. Projek itu gagal dan petani hilang hak keatas tanah-tanah mereka. Contoh lain di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM 500.00 ekar. Ia dijual pula dengan harga RM 70,000.00 seekar.
Pengambilan dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian sebaik sahaja pengambilan itu selesai maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan melayu dengan nilai berjuta ringgit.
Menghapuskan tulisan jawi adalah satu dosa yang amat sangat Umno kepada bangsa melayu, ia dilakukan di zaman Khir Johari sebagai Menteri Pelajaran yang menyebabkan tulisan jawi terus terpinggir dan mengalami kepupusan. Kerajaan Thailand sebagai contoh, memberi perhatian yang serius terhadap bahasa dan tulisan mereka. Mereka mengguna pakai dalam urusan-urusan rasmi kerajaan dan papan–papan tanda jalan raya tetapi berbeza dengan kita, sudah ramai orang-orang melayu yang tidak mampu lagi membaca dan menulis dalam tulisan jawi.
Anak tirikan Kerajaan Negeri Kelantan. Kalaulah Unmo memperjuangkan untuk membela orang melayu, dimana lagi majoriti orang melayu paling ramai kalau tidak Kelantan dan Terengganu. Tetapi Unmo sanggup membawa keluar gas persisir laut Kelantan melalui Thailand agar kerajaan Kelantan tidak mendapat apa-apa imbuhan dari itu. Unmo juga sengaja tidak membesarkan Lapang Terbang dan menaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa kerana bimbang ia akan menggalak pelabur asing.
Kerajaan terlalu banyak mengimport budaya barat ke dalam Negara, rata-ratanya masyarakat melayu yang menjadi mangsa, kalau dulu budaya bollywood sehingga Majlis Mufti Se Malaysia pernah menegur tapi tidak diendahkan oleh kerajaan. Di zaman ini pula masyarakat Malaysia dihindangkan dengan hiburan yang berbentuk mengikat masyarakat dengan satu-satu program seperti Akedemik Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan lain-lain lagi.
Kegagalan DEB yang dilancarkan pada tahun 1971 oleh Tun Abdul Razak bagi mencapai ekuiti harta orang melayu sebanyak 30 % dan sekarang ini hanya 5 % sahaja yang berjaya dicapai, apabila ditolak pegangan badan kerajaan iaitu MARA, Tabung Haji, KWSP dan lain-lain. Idea penubuhan Agenda Nasional Baru yang disebut oleh khairy Jamaludin ( menantu Pak Lah ) sebenarnya bukan internal conflit orang melayu, tetapi hanya berkisar dalam gerobak Unmo sahaja kerana Unmo bukan bercadang untuk meninggikan taraf ekonomi orang melayu tetapi untuk kroni-kroni dan puak mereka sahaja, lihat sahaja siapa yang memperolehi projek dan kemudahan kerajaan?
Penggunaan Bahasa Inggeris didalam subjek matemetik dan sains menunjukkan kerajaan Umno memandang rendah kepada bahasa melayu iaitu bahasa kebangsaan. Setelah beberapa tahun pengajaran sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris murid-murid melayu yang rata-ratanya tinggal di kawasan pendalaman dan taraf kehidupan yang masih rendah lagi gagal memahami subjek ini dengan baik, yang mengakibatkan markah kelulusan mereka rendah dan penguasaan bahasa inggeris juga rendah daripada sebelum dasar ini dijalankan.
3. Pemusnahan Kepada keadilan Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang dikurniakan oleh ALLah iklim yang baik, tanah yang subur yang sesuai dengan pelbagai tanaman di kawasan khatulistiwa dan mempunyai khazanah negara seperti petroleum dan kawasan dikelilingi oleh laut yang luas untuk perolehi sumber ikan segar juga tidak sedikit hasil galian dan kestabilan politik. Dimana disemua ini adalah anugerah ALLah swt kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Kemakmuran ini sepatutnya dapat dimenafaatkan dengan sempurna kepada rakyat tetapi telah disalahguna oleh parti pemerintah untuk menumpuk kekayaan peribadi dan kroni. Kegunaan hasil negara yang tidak telus mengakibatkan negara sekarang menghadapi difisif kewangan yang teruk.
Rasuah politik semasa pilihanraya yang menjadi budaya politik Umno setiap kali pilihanraya Umum diadakan yang mana mereka menggunakan wang untuk beli undi.
Penyalahgunaan kuasa antaranya pembahagian projek kerajaan dan kemudahaan kerajaan seperti AP kepada kroni-kroni dan tidak merata kepada rakyat. Ketelusan kerajaan dalam penganugerahan AP terbukti, apabila banyak sijil-sijil AP dijual begitu sahaja tanpa perlu memiliki bilik pameran sebagaimana disyaratkan.
Menggunakan badan-badan eksekutif seperti badan kehakiman, polis, BPR, dan sebagainya untuk kepentingan Umno dan tidak berlaku adil kepada rakyat contohnya akta ISA yang dapat menahan seseorang tanpa dibicarakan, kezaliman kepada parti pembangkang dan memilih bulu jika melibatkan anggota parti pemerintah Umno.
Unmo telah menggunakan SPR sebagai kuda tunggangan dalam Pilihanraya Umum Ke 11. Umno mengadakan strategi persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi menghalang pengaruh PAS yang dilulus oleh parlimen pada 9 April 2003. Dalam persempadanan baru negeri-negeri yang PAS mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan rakyat seperti kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak ada pertambahan kerusi parlimen langsung.
Umno juga menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memindahkan nama-nama pengundi kesatu tempat khas supaya mereka ini boleh mengundi dan menenangkan calon mereka juga terdapat beberapa kes pengeluaran kad pengenalan palsu kepada warga asing bagi penting politik Unmo. Ia satu pengkhianatan kepada Negara.
Kerajaan Umno tidak mengamal sikat perihatian rakyat dengan angkuhnya menaikkan harga minyak setelah rakyat memberi mandat yang besar kepada Unmo dalam pilihanraya lepas. Kenaikan harga minyak yang melambung tinggi tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia pengeluar minyak dunia, secara logiknya kemana keuntungan hasil jualan minyak negara sehingga kerajaan tidak boleh tolenrasi dengan rakyat atau Negara hampir muflis sehingga kerajaan sanggup menekan rakyat.
Amalan double-standard dalam melaksanakan hukum menjadi lumrah dan budaya pimpinan Unmo contoh klasik antara kes Datuk Seri Anuar Ibrahim walaupun kesnya belum diputuskan di mahkamah tetapi ia telah dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dan diaibkan begitu rupa berdeza dengan kes Dato’ Mokhtar Hashim yang melibatkan kes pembunuhan. Dr Mahatdir tidak menggantung jawatannya sehingga beliau di dapati bersalah. Semasa perbicaraan beliau masih lagi mendapat keistimewaan sebagai menteri.
Umno sebagai parti pendokong dalam Kerajaan Malaysia tidak menjalankan tuntutan demokrasi, apabila mana-mana rakyat yang menyokong parti pembangkang dikenakan tekanan sebagai contoh guru-guru akan ditukar ke tempat yang jauh @ dipisahkan dari keluarga.
Umno tidak mengamalkan demokrasi pilihanraya yang sebenar. Kebebasan bersuara oleh parti-parti pembangkang disekat melalui larangan ceramah, pengawalan penerbitan penerangan parti pembangkang dan diwaktu yang sama Umno menggunakan media kerajaan dan agensi kerajaan sebagai bahan kempen mereka
Pembaziran wang rakyat di zaman pemerintahan Dr. Mahatdir terlalu banyak projek mega telah dibina oleh beliau antara Bangunan Petronas ( KLCC ), Litar Lumba Formula 1 di Sepang, Mahligai Perdana Menteri di Putra Jaya yang melibatkan belanjaan berbilion ringgit
Di penghujung pemerintahan Dr. Mahathir negara disibukkan dengan kerugian syarikat yang ada kaitan dengan kepentingan strategik kerajaan dan menyelamatkan kroni antara syarikat yang rugi Perwaja ( 12 bilion ), Renong, Konsortium kerkapalan, phileo Allled Bhd, Opcon, MAS, Time dotcom
Dan ingatlah kita bukan yang memulakan tapi kita adalah yang meneruskan perjuang mereka yang terdahulu dan ada yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Kerja-kerja kita didalam ini adalah salah satu ibadat selain ibadat Khusus seperti mana yang pernah dilalui oleh para rusul, sahabat dan mujadid agama. Dan ingatlah ISLAM HADHARI yang dicipta oleh Umno sebenarnya suatu slogan yang dicipta untuk mematikan perjuangan PAS.
Jika Umno bersungguh untuk melaksanakan ISLAM HADHARI mereka itu, Umno terlebih dahulu menyekat program hiburan melampau, pusat perjudian. pelacuran, pub, kelab malam, kilang arak dan sebagainya. Janganlah kita mengulangi kesilapan yang sama. Harapan Islam ini berada ditangan kita kejayan akan diperolehi apabila kita mempunyai perancangan yang baik, strategi yang sesuai, kualiti kepimpinan dan kita mengenali diri dan musuh.
Setiap kita ada potensi dan keupayaan memimpim perubahan, perubahan itu membawa kita kearah kemenangan. Kemenang yang ada sebenarnya lebih memerlukan perubahan agar perjuangan itu terus segar dan bernafas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan