SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Sudah lama, Wa tak tulis blog, blog Wa dulu hilang password, so Wa stop dulu, puas Wa cari tapi tetap tak jumpa dan rasa nak kongsi pengalaman Wa yang sedikit ni, Wa create lah blog baru, kalau sapa-sapa yang tak suka pandangan Wa, Wa tak kisah. Jumpa lori Majlis Bandaran simpan saja tak sana. Blog Wa yang dulu.

http://www.lepassebak.blogspot.com/

Maksud Firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al Hujuraat:6)


Rabu, 3 Mac 2010

Umno Retorik Melayu

Penubuhan UMNO

Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.

Malayan Union yang ditubuhkan pada
1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.
Parti Perkauman

Rata-rata parti utama di Malaysia Umno, MCA, MIC dan Pas adalah parti yang ditubuh sebelum Kemerdekaan Malaysia. Tiga dari empat parti tersebut ditubuhkan bagai kewakili kaum masing-masing. Cuma Pas sahaja yang objetif penubuhannya lebih kepada melaksanakan hasrat dan tangongjawab terhadap tuntutan agama Islam.

Semua parti ini akan bergerak mengikut asas tujuan pembentukkan masing-masing. Selepas pilihanraya 2008, parti-parti yang bergerak diasas perkauman dilihat sudah tidak revelan di Malaysia.

Selepas gelombang kebangkitan rakyat pada tahun 1998, setelah rakyat melihat kepincangan BN dan Umno mengurus negara selama 53 tahun. Rakyat mencari alternatif kepada halatuju pemerintahan negara.

Rakyat Malaysia yang komposisi 55% melayu dan lebihnya adalah bangsa-bangsa lain, melihat Umno, MCA dan MIC sudah tidak mampu lagi berdepan dengan masyarakat majmuk di negara ini.

Mereka memerlukan sebuah parti yang mampu menjaga kebajikan rakyat umum di Malaysia, tidak lagi parti yang berjuang kepada bangsa masing-masing. Mereka memerlukan parti yang dapat melindung rakyat keseluruhannya.
Parti Alternatif

DAP sebuah parti yang agak muda penubuhan 1965, jika dibandingkan dengan parti utama yang lain, adalah serpihan kepada PAP yang ditubuhkan di Singapura. ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.
Dan parti utama sekarang ini yang agak cepat mendapat menerimaan umum.
Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998.
Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.
Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Umno parti bertunjangkan kepada kebangsaan melayu sudah agak terpinggir kerana sudah ada parti yang mewakili orang melayu. Pas dan KeAdiLan telah mampu mengambil cita-cita, hasrat yang mewakili orang melayu dalam kontek hidup masyarakat bermajmuk.

Pas lebih relevan dan dipercayai jika dibandingkan dengan Umno dalam memperjuangkan melayu dan Islam. Bukan sahaja dasar perjuang parti tetapi akhlak pemimpin-pemimpin juga diambil kira oleh rakyat.

Setelah puluhan tahun BN dan Umno diberi amanah mentadbir negara. Rakyat dapat melihat kepincangan dalam melaksanakan dasar-dasar parti. Apatah lagi sudah banyak perbuatan salah laku, skandal-skandal moral, pelbagai rasuah melibatkan pimimpinan Umno. Rakyat umumnya, beralih arah dan mencari alternatif baru bagi, menggantikan parti dacing yang sudah uzur dan banyak penyakit.

Perjuangan Yang Retorik

Pimpinan Umno sedar akan perkara ini. Nak tak nak. Umno yang parti berasaskan parti bangsa dan perkauman yang sempit. Menggunakan produt utamanya berjuang untuk bangsa melayu, menjaja seluruh kampong-kampong tentang keburukkan parti PKR dan DAP dalam kuasa politik orang melayu.

Itulah Umno, sebuah parti yang penuh dengan hasat dengki, setelah partinya gagal untuk menterjemah perjuangan bangsa dan ditolak oleh rata-rata rakyat. Mereka memfitnah tanpa asas yang kukuh terhadap parti lawan. Serta meggunakan machinery kerajaan, mass media yang dikongkong oleh mereka untuk memutar belit kenyataan dari parti pembangkang.

Isu yang paling pupolar di kampong-kampong, yang sudah lama, ditolak di bandar atau golong terpelajar. Negara akan jatuh kepada cina jika PKR, DAP dan Pas memerintah Malaysia.

Kitapun tidak tahu dimana asas dakwa ini. Sedangkan sudah lama, negara ini terjatuh ke tangan cina, kalau itu nak dibahaskan, sebelum lagi Pakatan rakyat memerintah.

Lihat sahaja keluaran terbaru 20 jutawan Malaysia 2009, tujuh belas daripadanya adalah bukan orang Melayu. Hanya tiga sahaja orang melayu, itupun salah seorang anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya meletakkan negara ketahap hampir muflis sekarang ini, kerana hutang-hutang dari projek pembaziran sepanjang pemerintahannya 22 tahun yang lalu.

Kalau dipersoalkan tentang Pakatan Rakyat menidakkan atau tidak membela orang melayu kerana membahagikan tanah kepada bukan melayu, yang menetap di kampong-kampong yang mengusahakan tanaman dan sebagai tempat tinggal.

Kita pun boleh bertanya kepada Umno, siapa yang membagikan tanah yang bernilai komesial, sehingga tidak ada, atau terlalu kurang orang-orang melayu yang memiliki rumah-rumah, bangunan-bangunan di bandar besar seperti kuala Lumpur, Penang, Ipoh dan sebagainya.
Itulah sahaja umpama, Umno untuk tarik semula sokongan melayu, dengan memainkan lagu lama memperjuangkan bangsa melayu, yang sebenarnya retorik semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan