Adun Umno Tarik Balik Sokongan
Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.
http://malaysiakini.com/news/125380
Ulasan Sikit
Kamu ingat Dato’ Husam Musa Bodoh ke. Nak bawa ke ni Mahkamah, ha,ha,ha
Bawa ke Mahkamah laaa, Seperti masuk dalam peti sejuklah dibekukan oleh Umno. Mana boleh bercakap dah prajudis......
Di Malaysia ini, mana boleh percaya dah Mahkamah
Mahkamahkan Umno yang punya
Ha,ha,ha,ha, pergi sekolah dulu la. Baru masuk dewan yeaaaa
kita tunggu mahkamah rakyat PRU 13 Pakatan Rakyat Menang, boleh lah Royalti tu, tapi sekarang ni. kasi tahu semua orang yang Umno tu memang jahat, dia bazirkan duit negara tak per,
Mat Yusof menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan lidah rasmi PAS - Harakahdaily - bahawa usul tersebut diluluskan sebulat suara selepas turut disokong oleh semua ADUN Umno/BN.lamanweb tersebut menyebut usul tersebut disokong oleh ketua pembangkang Umno/BN, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (Umno/BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (Umno/BN–Kuala Balah). Manakala Datuk Nozula Mat Diah (Umno/BN–Paloh) dan Adhan Kechik (Umno/BN–Bukit Bunga) pula dilaporkan oleh Harakahdaily, tidak bangun. Datuk Noorzahidi Omar (Umno/BN–Pengkalan Kubur) pula tiada dalam dewan ketika itu.
Menjawab soalan, Mat Yusof berkata, keputusan untuk menyokong usul awal tersebut telah disepakati oleh keenam-enam ADUN Umno/BN berkenaan.Perkara itu juga, tambahnya, telahpun dimaklumkan kepada badan perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Mustapa Mohamed yang juga ahli parlimen Jeli.Bagaimanapun, katanya, mereka memutuskan untuk tidak mengundi usul pindaan tersebut kerana ianya tidak sepertimana yang mereka persetujui sebelumnya.
Isnin, 1 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan