Gua hairan, kenapa lama tak dengar, ulasan politik Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria, terlintas juga dia sakit ke ?, kalau sakit, nak juga, gua melawat, kadang-kadang ketika balik Perak.

Hari ini, sebelum gi jumaat, sempat gua beli Utusan Malaysia, saja jer baca, bukan boleh ilmu pun, kalau betul pun, keputusan toto aje yang boleh pakai, yang lain boleh juga....boleh jalaaan.
Sambil belek-belek gua terpandang muka surat 7/ jumaat 5 mac 2010. tajuk boldnya.
” Harussani Dedah Keangguhan Pas ”
Wooooooiiii, menarik juga, tengok sikit, gerak hati gua. Sebab biasanya Utusan Malaysia ini, gua beli buka apa, cuma mudah untuk buat lapik time-time makan nasi jer.
Perenggan kedua, pada akhbar itu Harussani menceritakan tentang keangkuhan Pas menolak cadangannya tubuh Kerajaan Campuran dengan Umno di Perak,
katanya lagi, Ustaz Ahmad Awang berkata ” kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam ( Unmo ) yang zalim, lebih baik berkawan dengan orang kafir.
Harussan menjawab ” saya berkata jika BN ini zalim dan di zalimi, saya tawarkan wakil rakyat Pas jadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN ”. Gua tersentak dan berfikir sejenak, siapa Harussani ini, boleh menggatur MB dan Exco Perak, ada ke peruntukkan untuk dia berbuat demikian.
Dia sambung lagi ” dalam quran menyebut jika kita sayang kepada kafir maka kita jadi kafir. Aku lagi pelik........ok la gua terus baca
Gua rasa ada betul juga, kata-kata Ustaz Ahmad Awang tu,
Sepanjang Umno memerintah negara, walaupun Umno tu parti orang Islam tetapi perlaksanaan Umno terhadap
hukum-hakam Islam banyak boleh dipertikaikan. Tentang lesen judi, lesen arak, pusat pelacuran, pelbagai kegiatan hiburan yang melalaikan seperti Pub, kemusnahan sistem keadilan negara, akhlak buruk pemimpin Umno dan banyak lagi lah...
Cuba Harussani perhatikan, setelah 53 tahun Umno memerintah Malaysia, adakah Islam di Malaysia bertambah baik. Bagaimana Unmo yang menerajui negara mendidik rakyatnya kepada muslim yang sejati, atau meruntuhkan nilai-nilai Islam, pada anak bangsa melayu dan agama Islam.
Apakah, dengan bergabung Pas dan Umno kat Perak tu, Pas boleh melaksanakan perjuangan Islam yang dibawahnya. Bagaimana dengan Kerajaan Umno diperingkat Pusat. Banyak lagi yang perlu Pas fikirkan.
Itu belum diambil kira, perancangan jahat Umno. Untuk makluman Harussani, Pas pernah bergabung dengan Umno dulu, dan ditendang keluar sebab tak ikut kemahuannya, itulah parti yang mengamalkan dasar sekular. Pas tidak sebodoh itu, untuk masuk dalam lubang biawak kali kedua. Cukuplah pengalaman yang lalu menjadi pedoman.
Lebih baik lah, didik yang zero Islam atau yang menentang Islam kerana tak faham daripada orang Islam yang gelap hatinya atau fasik. Sebagai contoh, macam mana, orang bukan Islam di Bandar Kota Bharu, Kelantan, boleh undi Parti Islam dan menolak parti yang berasaskan kaum mereka MCA.
Hasil daripada didikan, kefahaman yang diberi, ketulusan dan keadilan pemerintah, dilihat oleh mereka sebagai model kerajaan Islam. Begitu juga dengan DAP yang dulunya, terang-terang memusuhi Pas. Itupun kerana dakyah dan propaganda Umno dan BN, yang akhir-akhir ini boleh menerima sikit-sikit dasar perjuangan Pas. Itulah kontek dakwah yang dibawa oleh Pas, bukannya dasar kebangsaan yang sempit.
Gua juga terkejut, bila Harussani menyebut dalam perenggan yang seterusnya mengenai ” dalam quran menyebut jika kita sayang kepada kafir maka kita jadi kafir “. Gua rasa nak pergi belajarlah dengan dia, tentang ayat ini. Sebab yang pernah Gua dengar hadis Nabi SAW. Siapa yang menzalimi kafir zimmin, seperti dia menzalimi aku. Tak tahulah yang mana betul ?.
Untuk Pas bergabung dengan Umno di Perak, bagi membentuk Kerajaan Perak adalah sesuatu yang jahat. Setelah rakyat yang berbilang kaum dan agama memberi mandat, kepada Pakatan rakyat Pas, PKR dan DAP serta berjaya menenangi pilihanraya di Perak.
Dengan mandat itu, Pas khianat, apakah perbuatan khianat itu dibenarkan oleh Islam. Tidak kah ia akan mencemarkan nama baik Islam ?, macam mana Rusullah boleh bermuamalat dengan orang bukan Islam dalam piagam madinah ? Islam akan dituduh sebagai agama pengkhianat oleh orang agama lain, dimana Syumulnya Islam itu. Rahmat sekelian alam.
Kalau Pas bergabung dengan PKR dan DAP, apa masalahnya. Samalah Umno bergabung dengan MCA dan MIC. Sekurang-kurang Umno boleh menjadi check and balance kepada Pas, menegur dari luar seperti mana MCA dan DAP. Saya tak nampak resionalnya cadangan Harussani ini. Tak lebih daripada teropak kayu yang dipakai untuk ke tandas saja.
Harussani juga cuba membangkitan provokasi murahan ” contohnya semasa orang melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka ( orang cina ) berkata itu kerja melayu, kami banyak lagi kerja lain nak buat ”
Gua tak fahamlah kenapa seorang Mufti boleh sebodoh ini.... Dengar ni, kalaulah orang cina turut serta berbaring di atas jalan, inilah masa nya untuk Umno akan memainkan peranan jahatnya, menyembur api perkauman, yang orang cina menolak Raja, pengkhianat pada bangsa melayu, dan patut hantar balik ke Negara Cina. Itu lah yang biasa digunakan. Apalah budak darjah tiga pun reti....
Gua rasa, Harussani patut beri lebih perhatian kepada tanggong jawabnya sebagai Mufti Kerajaan Perak Darul Kartun. Dari komen-komen yang menampakkan kejahilan beliau dalam satu-satu sudut.
Sudahkah pelaksanaan Islam di Perak sepertimana yang dituntut oleh agama Islam. Macam mana pusat penjudian, pelacuran dan lumba kuda ? Kerana hajat Harussani untuk Umno memerintah dah tercapai.
Harussani harus bangun dari kerusi empuknya itu, dan nyatakan kepada rakyat Perak akan perkara yang sebenar, termasuk dengan hukum-hukum yang jelas ditetapkan dalam al-quran.
blog ustaz Ahmad Awang yang berkaitan dengan isu.
http://usahmadawang.blogspot.com/2009/08/krisis-politik-perak-ahmad-awang.html
melaksanakan Syari’at Allah adalah wajib ke atas kaum muslimin dalam segenap ruang kehidupan mereka merangkumi urusan peribadi, keluarga, masyarakat dan juga negara. Nas-nas tersebut antaranya
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
Memang menjadi suatu yang lumrah dan badihi (yakni sedia dimaklumi) bahawa orang-orang Islam wajib melaksanakan undang-undang atau syari’at Islam. Seseorang manusia itu tidak akan menjadi muslim yang hakiki jika ia enggan patuh kepada Syari’at atau hukum-hakam Allah. Ini kerana kedudukannya ketika itu berada antara kufur, zalim atau fasiq….maka bagaimana ia akan menjadi muslim yang sebenar?
“Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”.
“Dan barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”.
“Dan barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Al-Maidah; 47)
Dan satu lagi yang gua pelik tu, Harussani dok jual nama Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan Dr. Harun Din yang setuju dengan dia tu pasal ape ? Persoalan sebesar ini, bukan perkara yang boleh dibincangkan secara individu, siapa Harussani untuk Majlis Syura Ulamak nak pakai mudah-mudah.
Akhir sekali oleh kerana banyak sangat komen politik Harussani agak berlainan dengan yang gua belajar, gua pun semak latar belakang pendidikan formal beliau, gua agak terkejut juga,, sebab di negeri gua kelantan, guru sekolah agama YIK pun, lebih tinggi dari sijil Harussani.
So gua reserve mungkin ilmu nya, kot yang tak cukup..........
Jadi sia-sialah, kalau gua komen dia lain kali.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Harussani_Zakaria
Ustaz Ahmad Awang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Awang
Tuan Guru Haji Hadi Awang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hadi_Awang
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nik_Aziz_Nik_Mat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan