SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Sudah lama, Wa tak tulis blog, blog Wa dulu hilang password, so Wa stop dulu, puas Wa cari tapi tetap tak jumpa dan rasa nak kongsi pengalaman Wa yang sedikit ni, Wa create lah blog baru, kalau sapa-sapa yang tak suka pandangan Wa, Wa tak kisah. Jumpa lori Majlis Bandaran simpan saja tak sana. Blog Wa yang dulu.

http://www.lepassebak.blogspot.com/

Maksud Firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al Hujuraat:6)


Isnin, 1 Mac 2010

Kenapa MP PKR Serang Guan Eng

Tahun 2010, adalah tahun gelora pada parti-parti dibawah Pakatan Rakyat. Samada krisis dalaman atau provokasi dari luar. Antara yang menjadi perbualan umum, tindakan beberapa MP PKR keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Sebenarnya kenapa MP PKR ini bertindak demikian, dan rata-ratanya Ahli Parlimen PKR dari Pulau Pinang..

Selepas pilihanraya 2008, Kerajaan Pulau Pinang berjaya dibentukkan dengan gabungan Pakatan Rakyat memerintah, dengan kedudukan kerusi DAP 19, PKR 9, PAS 1, manakala BN hanya mendapat 11 kerusi sahaja. Peratus pembahagian kerusi pula 72.5 untuk Pakatan rakyat manakala BN 27.5. Manakala hanya Umno saja yang memenangi 11 kerusi dari 15 yang dipertandingkan dan parti gabungan yang lain baki dari 40 kerusi Dun semuanya kalah di 25 kerusi Dun.

Kedudukan kerusi Parlimen pula BN 2, DAP 7, PKR 4,. Majoriti yang diperolehi pula bagi Permatang Pauh- Wan Azizah 13,388, Bayan Baru- Zahrain 11,029, Nibong Tebal- Tan Tee Beng 3,087, Balik Pulau- Yusmadi 708 adalah yang paling sedikit majoriti.

Persoalannya, kenapa 2 dari 4 Ahli Parlimen PKR ini, protes dan mencemuh Lim Guan Eng serta meninggalkan parti keadilan. Siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini Lim Guan Eng, Pimpinan PKR atau diri mereka sendiri yang bermasalah.

Apa-apapun hanya tuan punya diri saja arif, tentang apa yang berlaku. Kita juga tertanya-tanya, kenapa Ahli Parlimen PKR tidak Adun ?, jika Datuk Zahrain memberi hujah tentang dirinya keluar dari PKR disebabkan ” ini dapat dilihat melalui gaya kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membelakangkan orang Melayu beragama Islam khususnya golongan penjaja di negeri itu ” hujah beliau.

Betulke begitu? Apakah selama 35 tahun di zaman pemerintahan BN dulu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak pernah meroboh gerai orang Melayu ?, Apakah kerajaan mesti membiarkan gerai-gerai yang dibina sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira keselamatan penduduk yang lain. Adakah dalam dunia ini rakyat boleh sesuka hati membuat binaan dimerata tempat, walaupun diatas jalan, rizap kerajaan atau ditepi pantai sehingga mencacat pemandangan atau keselamatan orang lain.

Kalaulah macam ni sifat MP PKR, saudara Zahrain bukan setakat Ahli Parlimen, Majlis Daerah pun tak layak untuk dipegang. Tak tahulah jika ada sesuatu yang tidak puas hati beliau terhadap Guan Eng, membelakangkan orang melayu dan agama Islam adalah alasan semata-mata.

Saya rasa alasan yang diberi oleh Tan Tee Beng Ahli Parlimen Nibong Tebal agak jujur sikit daripada Datuk Zahrain.

"Saya juga mengambil kesempatan memohon kepada kerajaan persekutuan supaya memberi layanan yang adil dan saksama, dengan menyalurkan peruntukan pembangunan persekutuan kepada kawasan parlimen Nibong Tebal”
"Agar saya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai ahli parlimen dengan berkesan untuk membantu rakyat dan warga yang memerlukannya”

Kan gitu, baru senang, ni tak. cakap belit-belit, nak projek cakap nak projek. Helo bro itu lah, masuk politik sekerat jalan pastu susahlah. Kamu tu Ahli Parlimen peruntukan tentulah datang dari Persekutuan oleh kerana Kerajaan Malaysia demokrasi ala-ala jakun, dia takkan bagi ke Ahli Parlimen Pembangkang. Itupun tak faham ke. Lain kali sebelum bertanding kaji dulu. Nanti Bro Anwar jadi PM bolehlah nak minta apa-apapun, nak jambatan emas kat Bayan Baru dan Nibong Tebal pun boleh.

Peruntukan negeri disalurkan melalui saluran dia lah. Tu pasal Adun PKR tak melompat. Kamu tu gi lah minta dengan bapak-bapak menteri, kalaulah dia nak bagi. Nak jadi ahli politik, ini kenalah banyak basar woooiiii.

Kamu tahu tak, kamu tu lawan sapa, sendiri mahu ingat la. Kalau bercakap tentang prinsip, Lim Guan Eng pernah di penjara oleh kerajaan BN Februari 1995 kerana membela budak melayu berumur 15 tahun yang dirogol oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Pesanan gua, dah la, kalau nak keluar parti keluarlah. Jangan nak bagi alasan orang tu orang ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan