Pertengahan 2011, kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membebankan setiap golongan tanpa mengira taraf keduddukan ekonomi dan pendapatan rakyat. Rakyat akan dibebani dengan dua cukai iaitu cukai pendapatan dan GST.
Rakyat akan berhadapan dengan kenaikan harga barangan yang mendadak. GST skop cukai akan menjadi lebih luas kerana semua jenis barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai kecuali mendapat pelepasan kerajaan.
Sudahlah sekarang ini kakitangan kerajaan dan swasta, gaji bulanan mereka pun cukup-cukup makan, ditambah lagi dengan pencukaian kedua ini. Siapa yang untung dengan GST , tentunya kerajaan dan syarikat yang terpapar di Bursa Saham. Rakyat jelata terus terbeban.
Inflasi rakyat terbeban
Apa yang dirasakan sekarang ini, kehidupan rakyat semakin tertekan dengan Inflasi yang tinggi, dan kenaikan harga barang sedang pendapatan rakyat masih lagi ditakat yang lama.

GST ini menyebabkan rakyat akan membayar cukai tambahan paling kurang pun RM 700 setahun ditambahkan lagi, setiap kakitangan awam terpaksa korban gaji sebulan mereka, untuk membayar cukai pendapatan setiap tahun.
Yang kita hairan ke mana perginya hasil-hasil negara yang lain, sehingga kerajaan dah tak ada duit terpaksa bebani rakyat balik. Hasil petroluem negara sahaja menyumbang hampir 45 % kepada pendapatan negara kira 170 billion. Belum dikira cukai kastam dan pelbagai lagi cukai yang rakyat terpaksa bayar.
Rakyat boleh terima,.. jika rakyat jelata dan pemimpin parti kerajaan pun sanggup berkorban, tetapi pemimpin kerajaan ( Umno la tu ), kaya-raya walaupun dulunya dari kampong ,setelah memengang jawatan dalam parti parti, setelah putas duit rakyat. Akhirnya bila negara bermasalah rakyat juga yang kena tanggong.
Kaum kerabat yang kaya-raya
Zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri, syarikat anak-anaknya diberi pelindungan perniagaan melalui bail-out menggunakan duit Petronas, ketika negara berdepan dengan kegawatan ekonomi 1997 dan kini anaknya pula Mokhzani, antara 20 terkaya di Malaysia dengan kekayaan RM 1.2 billion.
Apabila Abdullah Badawi menjadi PM, anaknya yang mendapat banyak projek kerajaan melalui Scomi Group. Meningkat mendadak menjadi 32 terkaya di Malaysia dengan kekayaan US 332 juta.
Manakala tak sampai dua tahun Najib jadi PM, adiknya juga menuruti sejarah anak-anak PM sebelum ini. Tersenarai 40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan hampir US 100 juta.
Kita tidak cemburu tapi dimanakah rakyat, ketika masing-masing pemimpin Umno sedang rakus mengaut kekayaan. Rakyat yang kais pagi, makan pagi, kais petang belum tentu dapat. Sedangkan mereka, setelah memengang jawatan tinggi dalam parti Umno dan Kerajaan malaysia mengaut kekayaan yang luar biasa.
Bila ekonomi negara merundung rakyat pula yang menjadi mangsa. Akibat salah pilih pemimpin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan