SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Sudah lama, Wa tak tulis blog, blog Wa dulu hilang password, so Wa stop dulu, puas Wa cari tapi tetap tak jumpa dan rasa nak kongsi pengalaman Wa yang sedikit ni, Wa create lah blog baru, kalau sapa-sapa yang tak suka pandangan Wa, Wa tak kisah. Jumpa lori Majlis Bandaran simpan saja tak sana. Blog Wa yang dulu.

http://www.lepassebak.blogspot.com/

Maksud Firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al Hujuraat:6)


Rabu, 3 Mac 2010

Kelantan Guru Politik Rakyat Malaysia


Politik Kelantan 1955 - 1990

Sejarah politik di kelantan bermula pada tahun 1959, apabila Pas berjaya membentuk kerajaan Kelantan. Pas memenangi pilihanraya pertama selepas merdeka itu dengan 28 kerusi daripada 30 kerusi Dun,

Manakala Mei 1964 Pilihanraya Umum kedua, Pas mengekalkan pemerintahan di Kelantan, sungguhpun jumlah kerusi merosot kepada 21 berbanding pilihanraya pertama dulu. Pas menang lagi pada Pilihanraya Umum yang ke 3.

Pada 1 Januari 1973 Yang Dipertua Agung, Dato’ Mohd. Asri berjaya membawa Pas menyertai Kerajaan Campuran Pas-Perikatan di Negeri Kelantan. Penyertai ini, akhirnya membawa Pas menyertai gabungan Barisan Nasional pada tahun 1974.

Berlaku rusuhan politik di Kelantan pada 24 september 1977, dan pada 15 Oktober 1977 Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd. Nasir digulingkan dalam undi tak percaya pada Persidangan Dun tersebut. Demonstrasi besar-besaran berlaku di Kota Bharu ekoran penggulingan Datuk Mohd Nasir Sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pada 8 November 1977 Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn membentangkan Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa darurat ( Kelantan ) 1977 di Dewan rakyat, Kuala Lumpur. Pas memulakan kembali hidup bersendirian, setelah disingkir daripada BN, alasan penyingkiran itu kerana Pas tidak mematuhi Keputusan Dewan Tertinggi BN agar parti itu memecat Ahli Parlimennya yang tidak mematuhi arahan Whip Barisan Nasional, ketika Rang Undang-Undang meletakkan Kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran darurat dibentangkan di parlimen. Whip Barisan mengarahkan supaya Ahli Parlimen Pas menyokong usul tersebut.

11 Mac 1978 Pilihanraya Negeri Kelantan yang membawa kejatuhan Kerajaan Pas di negeri itu, Pas hanya mampu bertahan di dua kerusi daripada 36 kerusi yang diipertandingkan, iaitu Sering dan manek Urai.
22 April 1982, Pilihan Raya Umum ke 6, Pas masih lagi gagal menawan Kelantan. 3 Ogos 1986 pada Pilihanraya Umum Ke 7, Pas gagal lagi menyakinkan rakyat Kelantan, apabila hanya berjaya memenangi 10 sahaja kerusi yang dipertandingi. Pas hanya menang satu sahaja kerusi Parlimen iaitu di Parlimen Pengkalan Chepa melalui haji Nik Abdullah Arshad.

Pada Pilihanraya Umum ke 8, 21 Oktober 1990, Pas dan Gabungan Angkatan Perpaduan Ummah yang terdiri dari parti Pas, Semangat 46, Hamin dan Berjasa memenangi semua kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dengan 36 dan 0 untuk BN. Kelantan kembali kepada Pas setelah menunggu 18 tahun dibawah Umno dan Barisan Nasional.

Politik Kelantan Era Angkatan Perpaduan Ummah ( Angkatan )

Sejarah politik Kelantan, PAS dan Umno merupakan dua parti yang mendominasikan fahaman politik orang Kelantan. Ini menyebabkan kelahiran parti-parti lain tidak mendapat sokongan, kalaupun ada sokongan hanya sebahagian kecil sahaja.

Tidak terlalu keterlaluan jika dikatakan orang Kelantan kuat berpolitik. Mereka selalu berbicara tentang perkembangan politik dan isu-isu semasa, dimana pun tempat mereka berada, samada di kedai kopi, tempat kerja atau di masjid. Keadaan ini jelas dilihat, politik adalah sebahagian kehidupan mereka.
Mereka matang berpolitik dan tidak hairanlah sudah beberapa kali menukar bentuk kerajaan mereka. Dalam pilihan raya pra-merdeka pada 27 Julai 1955, Perikatan diberi mandat penuh, tetapi dalam pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS telah diberi mandat untuk menerajui kerajaan Kelantan apabila menang besar, iaitu 28 kerusi daripada 30 kerusi yang dipertandingkan.

Hasrat orang Kelantan memilih kerajaan Barisan Nasional adalah untuk membangun dan maju. jelas sekali tidaklah ke mana. Walaupun janji-janji pembangunan yang ditabur oleh pemimpin Umno, tetapi rakyat Kelantan tetap menolak.

Justeru itu, berlakunya krisis keyakinan hampir keseluruhan orang Kelantan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Lantaran itu, dalam pilihan raya 21 Oktober 1990, sekali lagi orang Kelantan mengambil sikap mengubah kepimpinan kerajaan negerinya dari Barisan Nasional kepada Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan).
Dalam pilihan raya itu, Angkatan telah berjaya merampas kesemua kerusi yang dipertadingkan, iaitu 39 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 13 kerusi Parlimen.

Kemenangan Angkatan di Kelantan pada tahun 1990 cukup bermakna. Rakyat Kelantan telah dilihat bersatu di bawah kepimpinan ulamak yang menawarkan konsep politik "Membangun Bersama Islam" dan berprinsipkan "Islam sebagai Ad-din".

Apa yang penting di sebalik perubahan kerajaan Barisan Nasional kepada Angkatan adalah mengandungi harapan hampir keseluruhan orang Kelantan terhadap misi perpaduan dan pembangunan yang berteraskan Islam.

Maka rakyat Kelantan telah menyahut seruan perjuangan PAS dengan membuktikan Ketua Dewan Ulamak PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz terpilih sebagai Menteri Besar. Harapan itu jelas termakbul.

Tatkala kemenangan itu dikongsi bersama dengan beberapa bekas pemimpin Umno yang dulunya (tahun 1978) bersubhat menjatuhkan PAS di Kelantan yang kini (pada pilihan raya 1990) telah berpadu dengan PAS menghadapi Barisan Nasional. Betapa orang Kelantan telah tahu, peranan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ketika PAS bersama-sama dalam Barisan Nasional dan semasa PAS dilanda krisis.

Oleh hal yang demikian, orang Kelantan dengan penuh kekagetan ingin melihat benar-benar "kembalinya Ku Li" berperanan untuk menunjuk baik kepada PAS dan orang Kelantan, setelah gagal dengan misi pembangunannya ketika merampas Kelantan dari PAS tahun 1978 dulu.
Namun yang terjadi, bukanlah seumpama yang diimpikan! Perubahan dan perpaduan yang diharapkan terlerai di perjalanan. Hanya sepenggal pilihan raya Ku Li boleh bersabar.
Kerenah lama Ku Li menjadi-jadi semula selepas lima tahun bersama-sama PAS. Ku Li telah kembali semula kepada Umno dan berkongsi kuasa dalam kerajaan Barisan Nasional.

Namun tidaklah orang Kelantan kecewa dengan pendirian dan kerenah Ku Li itu, malah ramai juga yang bersyukur lantaran telah memberi laluan murni bagi Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz dan PAS secara umumnya mengurus negeri Kelantan.
Hakikat ini terserlah daripada beberapa usaha pihak tertentu yang cuba mempengaruhi orang Kelantan supaya menolak PAS dan membenci kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, tetapi kesemua usaha kerenat itu gagal di hati rakyat. Apa yang berlaku orang Kelantan tetap setia dengan PAS dan terus menyokong kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz.

Apakah hakikat yang terjadi lantaran orang Kelantan kuat berpolitik? Mungkin perkara itu "ya", tetapi yang nyata orang Kelantan ada sikap yang unik dalam menilai isu-isu politik yang melibatkan dirinya, negerinya dan pemimpinnya, hatta terhadap rajanya.

Meskipun begitu, sejarah silih ganti kerajaan di Kelantan telah dilihat oleh pengkaji politik tanah air sebagai menandakan rakyat Kelantan matang berpolitik dan terlalu peka dengan isu-isu semasa serta sanggup mengubah haluan fahaman politik mereka.

Kelantan mempunyai rakyat yang unik. Keunikan itu salah satunya terjelma melalui sikap politik rakyatnya. Oleh itu, politik Kelantan sentiasa panas. Kerajaan yang bermula dengan PAS bertukar kepada Barisan Nasional dan kini kembali semula kepada PAS. Keunikan ini yang diperkatakan orang, politik Kelantan panas.

Kepanasan pemikiran rakyat yang mudah muak dengan telatah pemimpin tertentu sehingga memberi ruang kepada pemimpin lain untuk membuktikan kemampuan.

Berada dalam pakatan dengan Semangat 46 memang memayahkan pentadbiran Tok Guru dengan asakkan agar diberi jawatan dalam kerajaan Angkatan juga sudah tidak kedengaran lagi, selepas Semangat 46 bersewang semula dengan Umno. Tinggal kini hanya kenangan dan cerita-cerita "tamak" orang-orang Semangat 46; nak tambah kuota penghulu, nak jadi guru dakwah, nak tambah jumlah exco dan nak itu nak ini.

Politik kelantan Dan Kekuatan Rakyatnya

Antara kekuatan orang kelantan berpolitik, mereka mempunyai semangat kenegerian yang tinggi. Semangat kekelantanan, mereka cukup tebal. Mereka boleh bersatu dalam mengendalikan urusan yang besar, soal risiko mendatang, itu persolaan kedua. Hak mereka dan keperluan tentang negeri, adalah menjadi agenda utama.

Prinsip adalah menjadi tulang belakang dalam mewarnai kehidupan mereka. Jika mereka berada diluar jelas sekali semangat kenegerian mereka begitu tinggi. Mereka akan bersatu diluar, walaupun di kampung mereka tidak bertegur sapa, orang Kelantan boleh mewujudkan Kampung Kelantan di mana-mana tempat mereka tinggal.

Tidak boleh dinafikan, di antara orang Melayu yang paling berjaya ialah orang Kelantan. Mereka berjaya bukan sahaja dalam sektor awam, malah juga di korporat. Peduli apa orang nak kata, orang Kelantan akan menjaga 'orghe' mereka. Bagi mereka sesama Kelantan adalah 'orghe kito'. Itulah semangat yang unik yang ada pada orang Kelantan - tapi tiada pada orang Melayu di negeri-negeri lain.

Blogger Das Kelantanisch memaparkan sifat lelaki Kelantan dari kacamata penjajah British yang dipetiknya dari buku Kelantan: A state of Malay peninsula (W.A Graham, 1908).

Graham dalam buku itu menggambarkan ''… lelaki Kelantan tinggi, mempunyai susuk badan yang baik, lebih kuat dari Melayu yang sebenar. Dia juga seorang yang bersifat lebih mesra, lebih terbuka dan kurang bengis berbanding sepupu-sepupu mereka di selatan. Gay, debonair (segak bergaya), ahli sukan yang baik dan pandai buat lawak… tapi dalam pada itu, sebenarnya dia juga adalah seorang yang penuh dengan muslihat, dan sentiasa berprasangka buruk… penipu.

Semasa Graham menggambarkan orang Melayu sebagai pemalas, beliau membuat perbandingan dengan lelaki Kelantan. Katanya: ''Di Kelantan, dia menanam kira-kira tujuh puluh tan beras untuk menjamu penduduk, dia menangkap dan mengeringkan ikan cukup untuk keluarganya dan untuk dieksport, dia menghasilkan tujuh puluh ribu pikul kelapa kering setiap tahun…"

Itulah serba sedikit sifat orang Kelantan seperti yang diceritakan oleh orang British zaman dulu. Orang Kelantan zaman sekarang tidak banyak berubah. Mereka akan mempertahankan mati-matian negeri mereka, orang mereka dan haluan mereka.
Bersatu Ketika Menghadapi Kepayahan

Pun begitu kelebihan orang Kelantan mereka bersatu diatas prinsip yang jelas. Lebih-lebih lagi jika melibatkan persoalan agama, mereka tidak akan toleransi.
Umum tahu penolakkan BN secara total, pada Pilihanraya Raya 1990 kerana mereka merasa Unmo zaman Mahathir dulu telah mengkianati Tengku Razaleigh melalui penipuan kertas-kertas undi apabila Ku Li hanya tewas kepada Mahathir hanya 43 undi saja.

Dalam masa yang sama, Orang Kelantan menolak Ku Li, apabila beliau mengkianati Pas selepas Pilihan Raya Umum 1995 dengan memberi 2 kerusi Dun saja kepada Umno, walaupun ketika itu Ku Li bersama-sama dalam umno.

Sebenarnya Kelantan bukanlah miskin berbanding negeri-negeri lain. Hanya pemimpin Umno yang mengatakannya begitu. Tapi yang tak dapat dinafikan orang kelantan suka mencari makan kat luar, di zaman Umno memerintah Kelnatan dulu pun, mereka ramai bekerja kat luar dari Kelantan sehingga ke Singpura, itulah antara sifat-sifat orang Kelantan Malah wang dari 'orghe kito' yang dihantar pulang dari perantauan ke Kelantan pun menjangkaui puluhan jutaan ringgit setiap bulan. Mereka kebanyakkan berniaga dan menjawat jawatan di Ibu Kota. Sebab itu lah, kita dapat lihat, rumah orang melayu Kelantan yang digelar miskin tapi menggalahkan rumah orang melayu di negeri yang diperintah oleh Umno.

Pas Diberi Amaran Keras Oleh Rakyat Kelantan

Oleh kerana menang dengan majoriti yang besar pada pilihanraya 1999, pimpinan Pas Kelantan agak selesa, mengambil sikat complacency dan acuh tak acuh dengan kehendak rakyat. Mereka bangkit menegur pemimpin mereka dengan kejutan besar hanya memberi 2 kerusi kelebihan sahaja kepada Pas membentuk Kerajaan selepas Pilihan Raya Umum 2004.

Kesan dari protes rakyat itu, akibat dari kealpaan pemimpin Pas. Dan rakyat masih lagi memberi ruang untuk mereka membaiki kesilapan. Disamping kebencian kepada BN yang menafikan hak Negeri kelantan sebagai sebahagian dari Persekutuan. Rakyat kelantan sekali lagi menolak Umno dan BN dalam pilihanraya ke 12 dengan hanya memberi 6 sahaja ke kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen.

Kelantan adalah guru politik kepada rakyat Malaysia, Ilmu politik Orang kelantan datangnya dari pelbagai ranjau dan perjalanan hidup yang mereka lalui. Macam mana rakyat Kelantan berpolitik dalam kontek menjaga agama, bangsa dan negera mesti dikaji dan diperhalusi oleh rakyat malaysia untuk kesejahteraan rakyat dan negara lebih makmur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan