SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Sudah lama, Wa tak tulis blog, blog Wa dulu hilang password, so Wa stop dulu, puas Wa cari tapi tetap tak jumpa dan rasa nak kongsi pengalaman Wa yang sedikit ni, Wa create lah blog baru, kalau sapa-sapa yang tak suka pandangan Wa, Wa tak kisah. Jumpa lori Majlis Bandaran simpan saja tak sana. Blog Wa yang dulu.

http://www.lepassebak.blogspot.com/

Maksud Firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al Hujuraat:6)


Sabtu, 6 Mac 2010

Yesss, Zulkifli Noordin dapat apa yang dia cari


Kalau nak buat gilapun, sikit-sikit sudahlah jangan berlebih nanti confirm orang kata gila sungguh. Sebenarnya, rakyat sudah muak dengan telatah Ahli parlimen PKR, Zulkifli Noordin ini. Tak kan sepanjang masa nak dengar cerita dirinya saja.

Mungkin PKR, sebuah parti pelbagai etnik perlu orang seperti Zulkifli Noordin ini, sebagai pejuang, kalaulah boleh dikatakan pejuang ?. Tak kan Anwar pula , untuk menyatakan perkara-perkara yang melibatkan urusan ketidak puasan sesuatu kaum. Maka budak seperti Zulkifli Noordin lah yang agak sesuai.

Jenis Mulut Busuk

Cuma persoalannya, bila Zulkifli Noordin terlalu banyak mencetus pelbagai isu akhir-akhir ini menjadi tanda tanya dari bidasan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang juga Setiausaha DAP, laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pas Khalid Samad, kritikan terhadap lembaga displin Parti PKR mengenai kes yang berkaitan dan menuduh semua orang dalam PKR dah tak betul, dari Wan Azizah, Dr Syed Husin, Setiausaha Agung Saifudin Nasution, Khalid Ibrahim dan meggelarkan terdapat firaun-firaun kecil dalam PKR Tapi apa-apa pun dia ini memang mulut tempayang budu. Busuklah tu.

Kaki Putar Belit

Zulkifli Noordin jangan nak putar belit, isu sekarang ialah laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan juga serangan terhadap Lim Guan Eng bukan isu Kalimah Allah.

Nasib baiklah parti dalam Pakatan rakyat ni, matang walaupun kuat Zulkifli Noordin menyalak terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tetapi mereka tidak ambil kisah. Mungkin pada mereka, ini budak hingusan, baru nak cari nama. Tapi kalau tidak, boleh mengakibatkan pandang serong anggota parti satu sama lain.

Lawak Bodoh

Zulkifl Noordin tidak mengiktiraf panel displin yang ditubuh untuk menyiasat kes beliau. Tetapi dalam masa yang masa ujar beliau "Saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan integriti ahli panel Lembaga Disiplin ini. Mereka adalah terdiri dari kalangan yang dihormati.
"Saya juga faham mereka tidak mempunyai sebarang kuasa kerana yang berkuasa didalam PKR adalah Majlis Pimpinan Parti. Dan MPP PKR kini dikuasai oleh firaun-firaun kecil yang mempunyai agenda jahat dan sempit terhadap Islam dan umat Islam”

Kita sebenarnya tak faham apa yang terselit dalam kepala otat Zulkifli Noordin. Kalau dah lembaga displin ini tidak mempunyai kuasa multak sekadar cadangan kenapa mesti lari semasa pembicaraan tersebut. Atau jika dah tak yakin dengan PKR keluar dan letak jawatan, nak tahu menang atau kalah, itu saja. Jangan dok main filem Hindustan.



Kerana Islam ?????????

Mengenai Khalid Samad berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman. “Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang,” ujar Khalid.

Yang Zulkifli Noordin melenting tu apasal. Khalid Samad ini Wakil Rakyat Pas, Pas ada makanisma tertentu yang lebih peka tentang soal-soal begini. Dalam Pas ada Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak yang terdiri dari pakar-pakar dalam pelbagai bidang terutama hal yang berkaitan agama Islam.
So janganlah Zulkifli Noordin berlagak alim pula. Jika lah Khalid Samad bersalah, apatah lagi persoalan aqidah, mereka lebih maklum dari Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim itu.
Sebagai agama semawi lslam, Nasrani, dan Yahudi yang bertuhankan kepada Allah, Cuma pengertian dan kewujubannya yang berbeza. Penggunan kalimah Allah ini memang digunakan oleh mereka diluar dari Negara kita, malah Sabah dan Sarawak pun kalimah itu turut digunakan.

Malah pemimpin tertinggi Pas agak berbeza pendapat tentang hal ini, sebagai contoh 3 tokoh besar Pas, Musyidul Am, Presiden Pas dan Timbalan Musyidul Am juga berbeza pendapat tentangnya. Apakah Nik Aziz tak sayangkan Islam seperti Zulkifli Noordin sayangkan.

Secara peribadinya kita tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah kepada agama lain, tetapi biarlah orang berautoriti memutuskan. Persoalan tentang tidak setuju atau tidak penggunaan kalimah Allah tidak berbangkit, tapi laporan polis terhadap Khalid Samad oleh Zulkifli Noordin. Itu dipersoalankan.

Gila Publisiti

Tapi setelah diperhatikan sekian lama, kita rasa Zulkifli Noordin ini gila masuk TV atau gambar terpapar dimuka akhbar-akhbar, so dapatlah apa yang dia mahu.

Sebenarnya PKR terlalu mengambil masa yang lama untuk memecat Zulkifli Noordin, sememang dirasakan, keberadaan Zulkifli Noordin, sengaja disimpan oleh Umno untuk kacau bilau PKR dari dalam, bagi membalas jasa Umno, setelah menarik balik petisyen pilihanraya Parlimen Bandar Baru Kulim. Oleh calonnya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir

bahagialah insan bernama Zulklifli Noordin dengan labu-labunya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan