” Saya khuatir dengan politik PKR dan pakatan pembangkang khususnya di Perak yang menghalalkan pelbagai cara demi matlamat sempit, serangan tanpa batasan terhadap institusi raja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar bagi menyerang kedaulatan negara” Katanya yang dilaporkan dalam Utusan Online.
Kita tak tahulah, seorang Ahli Parlimen yang bertanding mewakili parti untuk dihantar ke majlis tertinggi negara bagi menggubal sesebuah undang-undang, tak boleh membezakan antara yang benar atau yang bercanggah dengan perlembagaan;
” Serangan terhadap institusi raja, badan kehakiman dan penguatkuasaan”. Apa yang dimaksudkan serangan terhadap institusi raja dan badan kehakiman. Kalaulah serangan terhadap institusi raja dimaksudkan merujuk kes pelantikkan MB Perak.
Kita kena tengok kembali kenapa rakyat menegur Sultan atau pemimpin mereka. Dan kita tak nampak pun teguran itu satu pengghinaan kepada kedua institusi itu, walaupun kekadang beberapa tindakan yang dibuat, terus menjadi persoalan dipemikiran rakyat.
Seorang khalifah Islam yang termahsyur Umar Ah-kattab, yang bertaraf sahabat yang kita semua tahu sejarahnya kewarakan dan kehebatannya. Bila ditegur oleh seorang pemuda ” ya aku akan tegur kamu dengan mata pedang ini ”. Umar tidak marah atau tindakan kenakan ISA ke tak. Tapi Umar berbangga kerana masih ada lagi rakyatnya yang berani menegur kesilapan yang berlaku. Siapalah kita, jika nak dibandingkan dengan Khalifah Agung Umar Ah-kattab.

Jika serangan pembangkang terhadap badan kehakiman menjadi persoalan yang memberatkan kepala Mohsin Fadzli. Sila turun ke bawah, dan berdiri didepan khayalak ramai berceramah, nyata kepada rakyat jelata yang sistem kehakiman, keputusan beberapa kes ini, sangat betul dan tepat sekali.
Kalau saudara Mohsin Fadzli orang yang berprinsip, sila nyatakan pada masyarakat luar sana. Pendirian saudara mengenai sistem kehakiman Malaysia. Apa yang kita bimbangkan kot-kot mereka akan gelak dan cadang supaya saudara Mohsin Fadzli buat pemeriksaan hospital mental.
Hujah Mohsin Fadzli ” Sedikit kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah 8 Mac 2008 bukan digunakan untuk memantapkan perjuangan umat, rakyat dan agama, sebaliknya menjadi medan politik 'ghonimah' (membahagikan harta rampasan perang) ”
Hujah Mohsin Fadzli ” Sedikit kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah 8 Mac 2008 bukan digunakan untuk memantapkan perjuangan umat, rakyat dan agama, sebaliknya menjadi medan politik 'ghonimah' (membahagikan harta rampasan perang) ”
Kita belum lagi memerntah Malaysia, malah Perak pun sekejap, dan digulingkan oleh Umno dengan cara tidak bermoral, apa dia 'ghonimah' itu..... perang pun kalah lagi. Tak tahulah kalu Mohsin Fadzli dah jumpa ghonimah tu. Jumpa dan dapat, tu yang marah sangat.
Hujah Mohsin Fadzli ” Kepalsuan rancangan 16 September 2008. pakatan pembangkang untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara dengan mendakwa 30 ahli parlimen BN akan lompat parti telah menggugat kepercayaan saya” seperti dilaporkan dalam Utusan Malaysia 4 Mac 2010.
Apa yang menggugat kepercayaan Mohsin Fadzli sebenarnya, ada hikmah juga Anwar tak boleh Menjadi PM pada ”16 September” kalaulah kita perhatikan perangai buruk Ahli Parlimen dari parti Keadilan ini. Sebenarnya mereka sendiri yang belum cukup masak untuk menjadi pemimpin.
Apa-apapun kita faham, mereka ini mempunyai masalah dengan pemimpinan PKR. Saudara Mohsin Fadzli kena faham, parti yang memguasai jawatan samada Adun atau Ahli Parlimen, mereka yang lebih berkuasa. Itulah masalah, apabila tak faham, kedudukan dalam organisasi. Ia sering berlaku bila Adun dan Ahli Parlimen tetapi tidak ada jawatan penting dalam parti diperingkat pusat. Siapa yang salah?
Tunjuk sikat yang baik, resputasi yang bagus, bertandinglah diperingkat pusat, perwakilan akan buat penilaian. Bukan kerana tak kena dengan kehendak kita keluar parti. Lemas seorang-seoranglah jawabnya.
Saudara Mohsin Fadzli kena ingat, menang dalam Pilihan Raya dulu orang pilih saudara ke, pilih parti. Lawan dulu buka calang-calang orang woiii, bekas Timbalan Menteri. Saya yakin kalu tak kerana parti, penggundi 18,943 tidak akan beri undi kepada saudara.
Jika Saudara Mohsin Fadzli seorang yang berprinsip, sila letak jawatan gantikan balik elaun Ahli parlimen yang saudara dapat sebelum ini. Dan bertanding diatas tiket bebas. Tiru macam Datuk Zaib Ibrahim, apabila merasakan beliau tak dapat sokong sesama Menteri Kabinet letak jawatan sebagai Menteri dan senator. Itu baru klas.....ni tak, kata kata juga, pulung pulung juga. Apalah jangan jadi haprak politik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan